Tuesday, 4 April 2017

The free Sofia

I discover  what I am wildly passionate about and I start to make time for it.  I rather investing all my time and energy for it.

I become more in-tune with what I want and need.  I have an imagination and turn it into well-designed plan for my future.

I fill my life with love and happiness. I am focusing on people those who loves me and appreciate me.

I am continually striving for better life. I feel fulfilled by memories and experiences.

The most important I'm more depending on Allah.  I believe that His plan is the best for me. I ignore about what people talk about me.

I just want to be myself where I freely can do what I want without any expectation and approval.

I learn to prioritize my needs and desires.
Sometime, I need to be selfish in order to survive.

Yeah. That's me.

Monday, 6 March 2017

Mikraj Cinta

    BAB SATU   

 
Birmingham
Aston
Seperti biasa pada minggu peperiksaan semua pelajar akan memilih untuk duduk di rumah sahaja. Nailah Al Farafisyah juga begitu. Meskipun kehidupannya tidak tertekan seperti rakan-rakan lain yang mendapat tajaan, namun ini bukanlah syaratnya untuk tidak bersungguh-sungguh dalam peperiksaan.  Nailah tidak pernah mengambil enteng meskipun bergiat aktif dalam persatuan komuniti Malaysia di Birmingham. Tambahan pula, besar harapan orang tuanya kepadanya.
“ Sya. Ada orang panggil.” Mardhiah mengetuk pintu biliknya. Mardhiah merupakan sahabat baiknya yang telah bersama-samanya berjuang dari tahun pertama.
“ Siapa ?”
“ Siapa lagi ?” Sahut seisi rumah.
“ Oh. Okay.”
Ujar Nailah . Dia segera mengenakan tudung dan jaketnya. Nailah menyediakan minuman panas untuk tetamunya. Cuaca agak sejuk di luar sana. Buku nota dan pen di bawa bersama.
Sorry lambat.”
“ Tak apa.” Ujar Luthfi. Minuman panas bertukar tangan.  
“ Saya dah siapkan beberapa kerja terjemah. Tapi saya tak tahu betul ke tak. Saya harap Luthfi boleh tolong tengokkan. Kalau ada kesalahan, tolong betulkan.”
“ Okay. Nanti saya tengokkan. By the way, ni buku yang awak nak pinjam.” Luthfi menyerahkan dua buah jilid kitab sirah nabawiyah kepada Nailah.
“ Terima kasih Luthfi. Ni saya nak tanya. Luthfi bila balik Malaysia ?”
“ Tak pasti lagi. Saya rasa saya tak balik sebab sekarang kan final year. Awak balik ke ?”
“ Pun tak sure lagi. Sebab saya kena uruskan passport saya. Tak perasan pulak dah nak expired.”
“ Awak kena turun London lah kalau macam tu. Report kat embassy. Saya rasa embassy boleh urus. Ingat tak taklimat masa mula-mula kita daftar dulu ? Tak silap saya passport boleh diperbaharui di kedutaan.”
“ Oh ye ke ? Saya pun malas nak balik. Awak tahukan perjalanan kita ni panjang. Lagipun membazir jugak.”
“ Kalau awak nak saya temankan ke London, boleh. Nanti ajak kawan ramai-ramai. Kita pergi minggu depan. Lagipun ada event di Malaysia Hall minggu depan.”
“ Boleh kalau macam tu. Apa-apa saya inform Luthfi  lagi.”
“ Fokus dengan ujian dulu ya. All the best for your exam. Terima kasih minuman.”
“ Sama-sama. Hati-hati di jalan. Assalammualaikum.”
“ Waalaikumsalam.
Nailah menunggu sehingga  Luthfi hilang dari pandangan.
“ Fuhh.” Akhirnya dia dapat bernafas lega. Gementarnya luar biasa saat berhadapan dengan Luthfi. Perasaan yang sama dirasai sejak empat tahun yang lepas. Bukannya Nailah sengaja menyemai perasaan itu. Namun ia datang tanpa diminta. Nailah dan Luthfi memang sangat sinonim kerana mereka sentiasa terlibat dalam urusan yang sama.
Nailah masuk ke dalam rumah. Saat pintu ditolak, semua teman serumahnya sudah berada di hadapan pintu seperti baru menghendap.
“ Apa masalah korang ?”
“ Kau tu bah yang bermasalah.” Usik Jannah yang berasal daripada Sabah.
Obvious giler kau control depan dia.” Afiqah menambah.
“ Mana ada. Merepek lah korang ni. Dah, sambung belajar.” Nailah menafikannya.
“ Kita orang ni memang lah study. Tapi tu lah. Kita orang ni tak ada yang motivate.” Fatiha sengaja menambahkan garam.
Nailah malas hendak melayan perangai gila sahabatnya. Sebelum dia terlupa, ada pesanan daripada Luthfi yang harus dia sampaikan.
“ Minggu depan, aku nak ajak korang pergi London. Sebab ada majlis di Malaysian Hall. Aku pun nak ke embassy. Lebih elok kalau kita semua ramai-ramai pergi.”
“ Ramai-ramai maksud kau siapa sahaja ?” Afiqah bertanya seperti menyoal siasat seorang pelaku jenayah.
“ Kita serumah ?”
“ Sebab Hakim ada cakap kat aku yang dorang pergi jugak. Ke, Luthfi yang ajak kau ?” Afiqah sengaja mengecilkan matanya. Dia sengaja menduga Nailah. Sinis sahaja nada soalannya.
“ Wuuuu…. Sya dah pandai sekarang. Pergi London dengan Luthfi.”
“ Eh, aku ajak korang sekali lah.  Suka hatilah. Daripada aku bawa korang, baik aku bawa mengucap bawa bertenang dan bawa bersabar.”
Seluruh isi rumah berseloroh. Manakala Mardhiah hanya memerhati dari jauh sahaja. Sejak akhir-akhir ini Mardhiah sering mengasingkan dirinya dan berdiam sahaja. Nailah perasankan perubahan Mardhiah. Tetapi hanya menganggap perkara itu perkara biasa mungkin kerana Mardhiah mempunyai sebab peribadi untuk kekal berdiam diri.


“ Sya…”
Mardhiah masuk ke dalam bilik Nailah. Kali ini dengan ekspresi wajah yang berbeza. Tergambar kesedihan pada wajahnya. Nailah yang baru sahaja mematikan komputer ribanya menyuruh Mardhiah masuk dan duduk di katil. Sepertinya Mardhiah memerlukannya.
“ Kenapa Mar.?”
Mardhiah memeluk Nailah dan menangis teresak-esak. Nailah hanya membiarkan sahaja. Memberi ruang kepada Mardhiah untuk lepaskan segalanya.
“ Aku tak tahu macam mana nak mula.”
“ Okay Mar. Breath in, breath out.
Mardhiah menurut kata Nailah. Pelukan dilepaskan. Air matanya diseka.
“ Aku tak boleh teruskan study.”
But why ? Mar, kau tinggal satu semester lagi tau. Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya.”
“ Penyelesaian apa ? Aku tak nak hidup menyusahkan kawan-kawan aku. Sekarang ni keluarga aku ada krisis.”
“ Mar. Aku faham perasaan kau. Kenapa kau tak cakap dekat aku awal-awal ?  Kita boleh settle sama-sama masalah kau ni.”
“ Aku malu. Aku segan.”
“ Tak ada yang nak disegankan. Eh, kebetulan minggu depan ada event di Malaysia Hall. Jom ikut sekali. Mana tau, kita dapat jumpa dengan pegawai kedutaan yang boleh selesaikan masalah ni.”
“ Eh, tapi, duit aku cukup-cukup je ni.”
“ Jangan risau. Aku ada. Kita pergi ya ?” Nailah meyakinkan Mardhiah. Dia berfikir untuk membincangkan hal ini dengan Luthfi. Pasti Luthfi akan menemui jalan penyelesaiannya.
“ Terima kasih Sya. Aku takkan lupa semua kebaikan kau.”
“ Jangan cakap macam tu. Kita kan kawan. Selagi aku mampu, aku bantu.”
Persahabatan yang terbina atas dasar percaya bertahan sehingga kini. Mardhiah sentiasa ada jika Nailah memerlukan nasihat. Mardhiah berperwatakan lebih warak berbanding Nailah. Ini yang membuatkan Nailah rapat dengan Mardhiah kerana Mardhiahlah asbab Nailah menjadi lebih islamik. Sehinggakan, keluarga Nailah terkejut dengan perubahan Nailah. Namun ibu dan bapa Nailah bersyukur kerana Nailah didampingi oleh sahabat-sahabat yang baik. Keluarga Nailah pernah berkunjung ke Birmingham dan semua teman serumah Nailah sudah biasa dengan keluarga Nailah.
Visi dan misi Nailah adalah untuk menjadi seorang yang baik dari hari ke hari. Oleh kerana karakter Nailah yang selamba menyebabkan dia mudah disenangi oleh teman-temannya baik dari satu negara atau teman sekampusnya.
Telefon Nailah berdering. Ash menghubunginya lagi. Nailah rimas namun untuk menjaga hati Ash, Nailah menjawab dan hanya berbasa-basi.
Hello sweety.”
Yeah. Hi.”
You haven’t answer my question ?”
What question, Ash ? I think I already explain enough.”
Who is he ?”
No need to know. And I think it is late already. I have a paper to sit tomorrow morning. Good night.”
Nailah meletakkan sahaja panggilan telefonnya. Nailah tidak menyangka Ash akan mempunyai perasaan sebegitu terhadapnya. Ash memang tampan dan baik. Namun, perasaan Nailah hanya terbatas tidak lebih daripada seorang kawan. Nailah tidak pernah terfikir di mana dia dan Ash akan bersatu sebagai suami dan isteri. Ash seorang yang taat kepada agamanya. Tidak mungkin kerana cinta, Nailah mengorbankan agamanya.
I can marry you without changing my belief, Sya.
No, you can’t. It is impossible Ash. Let just be friend, Ash.
Ash ataupun Ashkov adalah seorang lelaki yang berasal daripada Russia. Ash merupakan pelajar tahun akhir kursus Teologi. Ashkov merupakan seorang yang beragama Kristian Ortodoks. Namun, dalam diskusi agama, Ashkov sangat matang dan menghormati pandangan orang lain. Ashkov sering berdiskusi dengan pelajar Malaysia kerana pelajar Malaysia kebanyakannya meraikan perbezaan pendapat.
Nailah tidak dapat tidur apabila mengenangkan tesis akhirnya. Dia mahu segera menamatkan pengajian. Bukan kerana bosan, tetapi kerana Nailah mempunyai cita-cita lain yang hendak dicapai. Jujur dia merindui anak-anak didiknya di Malaysia. Mereka juga sering bertanyakan khabar Nailah. Nailah telah dibantu oleh kedua orang tuanya untuk menubuhkan pusat perlindungan bagi ibu-ibu muda yang tidak bernasib baik untuk meneruskan pendidikan. Usaha Nailah dipuji sehingga namanya dikenali dan pernah tercalon untuk menjadi ikon belia Malaysia. Namun, Nailah tetap merendah diri. Dia lebih selesa untuk tidak dikenali.
“ Astargfirullahalazim. Ya Allah, Kau bimbinglah aku sehingga akhir Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menyelesaikan semuanya dengan lancar Ya Allah. Bismikallahummaahyawa’amuth,”
Nailah melelapkan matanya. Pada besok hari, dia akan menduduki ujian dan banyak urusan yang perlu diselesaikan. Biarlah dengan tidur ini, fikirannya berehat sebentar.

NAILAH berasa lega kerana sudah berjaya menghabiskan kertas terakhirnya. Nailah masih duduk di kampus kerana sudah terlebih dahulu membuat temu janji untuk bertemu dengan Profesor Ronnie. Nailah berasa lapar dan menuju ke kafetaria untuk mendapatkan minuman panas. Nailah sentiasa membekal makanan dari rumah kerana sulit untuk mendapatkan makanan halal di kafeteria.
Nailah terserempak dengan Luthfi yang sedang mengulangkaji pelajaran. Luthfi hanya memberikan senyuman kepada Nailah. Nailah langsung beratur untuk membeli minuman. Tiba-tiba Nailah terpandan Ash dari jauh. Dia tahu yang Ash sedang mencarinya. Sepantasnya Nailah kembali dan duduk bersama Luthfi.
“ Awak tolong saya, awak.”
“ Kenapa, Nailah ?”
“ Ash.. Ashkov dah datang…”
Luthfi hairan. Ashkov juga sudah menuju ke arah mereka. Nailah tunduk dan Luthfi mengawal keadaan walaupun tidak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku.
I don’t know it is Luthfi.”
Yeah, Luthfi. “
Luthfi yang tidak tahu menahu juga menambah. “ Yes, it’s me Luthfi. Hello Ash. Long time no see.”
Yeah.. I’m quite busy. Congratulation to both of you.
Congrats for what ?” Luthfi hairan. Namun reaksi itu hanya ditunjukkan kepada Nailah.
For our graduation, darling.” Nailah memijak kaki Luthfi. Luthfi yang hairan hanya mengiyakan sahaja. Darling ? Apa maksud Nailah ? Sempat Nailah mengetap giginya.
I got to go now. Bye.” Ashkov berlalu dengan hati yang lara. Selang satu minit setelah Ashkov berlalu, Luthfi memandang tepat pada mata Nailah. Dia meminta penjelasan.
“ Kenapa tengok saya macam tu ?”
Luthfi masih tidak mengalihkan pandangannya. Nailah masih belum memberikan penjelasan.
“ Okay. Sorry sebab libatkan awak. Ash, sejak dua tiga hari ni asyik ganggu saya. Saya terpaksa mengelak dan saya dah tak ada cara lain dah. Kebetulan awak ada kat sini.”
“ Kenapa awak tak nak Ash ? Ash okay apa ? Baik, kacak. Dengar cerita dia orang kaya Rusia.” Sengaja Luthfi mengusik.
“ Sebab saya nak awak seorang sahaja, Luthfi.” Alangkah indahnya jika Nailah benar-benar mampu menyatakan perasaannya. Kata-kata itu dibiarkan tersimpan di dalam hati.
“ Ish. Saya tak ada masa untuk fikir pasal tu. Nanti tak pasal-pasal saya kena bebel mummy dan daddy saya. Er, saya pindah meja sebelah ya. Kesian awak terganggu nak study. Terima kasih tau, tolong saya tadi. Sorry sebab pijak kaki awak.”
“ Eh, tak apa. Awak duduk je sini. Sebab saya pun tak habis lagi semak kertas yang awak beri semalam. Nak discuss sama-sama ?  Saya ada bawa kertas awak.”
“ Awak tak busy ?”
Luthfi menggeleng.
“ Okay. Dan saya ada bawa sandwich. Jangan risau, ni halalan thoyyiban.”
Luthfi dan Nailah memulakan diskusi mereka. Meskipun detak jantung Nailah mulai laju, namun dia berjaya mengawalnya. Nailah harus profesional. Ini adalah urusan kerja bukan urusan hati. Namun pandangan mata Luthfi ibarat dari mata turun ke hati. Sehingga Nailah menjadi segan.
“ Nailah. Awak okay ke tak ni ? Kalau tak okay, kita boleh hentikan diskusi ni. Lagipun awak pun baru habis paper. Mestilah penat.”
“ Saya okay.”
“ Tak. Awak tak okay Nailah. Saya dah kenal awak sejak kita berada di tahun pertama lagi. Walaupun bidang kita berbeza, tapi pelajaran penterjemahan tak jauh beza daripada pelajaran awak iaitu bidang sejarah dan ketamadunan. Kalau awak ada masalah dalam pelajaran, kita boleh saling bertukar pandangan.”
“ Amboi. Belajar bidang penterjemahan dan awak sekarang mahir menterjemahkan riak wajah seseorang ya. Hebat.”
“ Tak adalah. Cuma awak nampak gelisah. Ke awak masih teringatkan Ashkov ?”
  Merepek awak ni Luthfi.”
“ Dah tu ? Ni nak tanya, junior okay ? Budak batch kita yang perempuan semua macam mana ? Dah lama jugak tak dengar berita tentang dorang.”
“ Okay. Mereka pun bukan budak lagi lah. Ni ada seorang sahabat kita perlukan bantuan. Luthfi sebagai ketua, boleh tak usulkan beliau untuk menerima bantuan dari tabung kebajikan ?”
“ Siapa ?”
“ Mardhiah.”
Nailah menceritakan masalah yang di hadapi Mardhiah namun tentang krisis keluarga Mardhiah, Nailah rahsiakan kerana ianya bersifat peribadi. Memadai hanya dengan mengetahui masalah kewangan yang dihadapi oleh Mardhiah.
“ Insya Allah nanti bila kita pergi ke London, saya akan jumpa presiden persatuan pelajar. Selain itu, saya boleh bercakap langsung dengan Tan Sri Mokhtar. Saya rasa beliau terbuka untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh pelajar kita.”
“ Terima kasih Luthfi.”
“ Simpan terima kasih awak tu. Belum masanya untuk saya terima ‘kasih’ awak.  Eh, saya balik dulu. Nak solat jumaat. Kalau ada apa-apa, inform je. Dan, berkenaan dengan perjalanan kita ke London, tolong listkan nama siapa yang nak pergi, InsyaAllah petang ni saya akan beli tiket.”
“ Okay. Terima kasih Luthfi.”
“ Assalammualaikum.”
“ Waalaikumsalam.”
Luthfi. Seorang lelaki yang cukup sempurna dari segala aspek. Itu dari pandangan kaca mata seorang Nailah. Namun, berbeza pula dari pandangan sahabat-sahabat yang lain.
AFIQAH : Kacak tu memang kacak tapi Hakim kacak lagi kot.
JANNAH : Siapa-siapa pun boleh suka si Luthfi tu bah. Sebab dia tu baik dan prihatin. Aku rasa nanti selepas grad, Luthfi confirm jadi Menteri. Paling tidak pun pegawai kedutaan.
FATIHA : Luthfi ni macam ustadz-ustadz pun ada jugak. Tapi not bad.
Tetapi, pada pandangan Nailah, Luthfi ialah seorang yang gentleman. Luthfi juga menenangkan. Kadang-kadang ada sisi lain pada Luthfi yang membuatkan dia kelihatan comel.
“ Astaghfirullah, apalah aku ni berangan benda yang tak berfaedah.” Nailah bermonolog sendirian. Jam pada pergelangan tangannya dilihat. Lebih kurang 15 minit lagi, Nailah akan bertemu dengan Profesor Ronnie. Lekas-lekas Nailah berjalan menuju ke pejabat Profesor Ronnie. Beliau sangat cerewet dan menepati masa. Jika tersilap langkah, nahaslah.

Seminggu kemudian..
LUTHFI : Salam.. esok dalam pukul empat pagi semua ready.
NAILAH : Wsalam, okay.
Nailah segera memberitahu kepada semua teman serumahnya. Kebetulan, semua bersetuju untuk pergi bersama. Afiqah dan Jannah mengambil langkah untuk masuk tidur awal. Fatiha pula masih tekun mengemas. Memang menjadi tanggungjawab Nailah untuk memeriksa seluruh isi rumah.
“ Mardhiah… Mardhiah mana ?”
Nailah mengetuk pintu bilik Mardhiah berkali-kali. Bimbang jika terjadi sesuatu kepada Mardhiah.
“ Mar tak ada. Dia keluar.” Fatiha terdengar Nailah mencari Mardhiah.
“ Keluar ? Dengan siapa ? Dah lewat ni. Risau aku dibuatnya.”
Tidak lama kemudian, kedengaran pintu rumah diketuk. Mardhiah telah pulang. Namun, wajahnya tidak kelihatan sugul. Matanya berkilau seolah-olah Mardhiah telah menemui kegembiraan. Nailah hairan namun tidak pula bertanya.
“ Mardhiah, lain kali kalau balik lambat tu tolonglah cakap. Nasib baik aku dan Sya masih bangun.”
Sorry, aku jumpa orang tadi.” Mardhiah tersenyum. Namun tiada tanda-tanda yang dia akan berkongsi cerita kegembiraannya. Sepeti biasa, Mardhiah kekal menjadi sosok misterius di dalam rumah ini. Makanya, Jannah dan Afiqah tidak begitu akrab dengan Mardhiah. Fatiha juga hanya membatasi hubungan mereka sebagai teman serumah dan satu jurusan.
“ Tak apalah, yang penting kau selamat.” Ujar Nailah yang meredakan ketegangan antara Fatiha dan Mardhiah. Nailah pergi ke dapur untuk membancuh teh chamomile. Dia sudah terbiasa. Jika tidak, dia tidak akan lena malam ini kerana kesejukan.
“ Sya, sebelum aku lupa. Ni tiket keretapi kita esok. Dan nah, duit kau. Tiket aku Luthfi dah tolong bayarkan.” Mardhiah malu-malu menyerahkan tiket tersebut. Nailah hairan. Ada suatu perasaan yang kurang menyenangkan. Namun cepat-cepat ditepis segala sangkaan buruknya.
Fatiha terperasankan mimik wajah Nailah. Namun, dia menunggu sehingga Mardhiah masuk ke bilik dahulu sebelum mengambil peluang untuk berbicara dengan Nailah.
“ Kau masih tak tidur lagi ke ?”
Fatiha menggeleng. Banyak pekerjaan yang harus dia selesaikan. Semester ini dia terpaksa mengambil semula subjek yang pernah dia ambil semester lepas. Psikologi Klinikal bukanlah semudah yang disangka. Fatiha merupakan pelajar jurusan Psikologi, sama seperti Mardhiah.  Jannah dan Afiqah merupakan pelajar jurusan Pengajian Perniagaan. Hanya Nailah sahaja yang mengambil jurusan Sejarah dan Ketamadunan.
“ Kau tanya aku, kau tak tidur ke ?”
I was. But sekarang..”
“ Aku tahu. Meh lah kita duduk dulu sini. Dah lama aku tak borak dengan kau.”
Nailah menurut dan menyertai Fatiha. Dia tidak keberatan. Niatnya juga ingin menemani Fatiha.
“ Sebelum tu. Kau nak minum apa-apa tak ? Aku buatkan.”
“ Milo 3in1 aku masih ada lagi tak ? Kalau ada, letak dua bungkus kasi pekat.”
Nailah kembali duduk bersama Fatiha di ruang tamu. Fatiha mengemaskan barang-barangnya. Pekerjaannya hampir selesai.
Sorrylah, aku tanya ni.”
“ Apa ?”
“ Kau betul-betul kan, suka kat Luthfi ?”
Nailah tersedak. Dia berdehem beberapa kali.
“ Kenapa tanya aku soalan macam tu ?”
“ Kau tak jawab soalan aku lagi.”
“ Siapa-siapa pun boleh suka kat Luthfi tu.”
“ Suka kita orang lain. Suka kau lain.”
“ Amboi. Aku dikelilingi oleh orang-orang yang boleh baca fikiran orang. Seram.”
“ So, betul lah ni ?”
Soalan Fatiha memerangkap Nailah. Nailah tidak dapat berdalih lagi.
“ Tak payah jawablah Sya. Aku tahu. Cuma aku nak nasihatkan satu ni. Kau berpada-padalah buat baik dengan orang. Takut kau terluka. Aku tahu, kau tak kisah pun dan aku tahu kau mampu. Tapi hadkan kebaikan kau. Jangan sampai ada orang ambil kesempatan dan jadikan kau sebagai batu loncatan untuk dapatkan sesuatu.”
“ Apa maksud kau ? Aku tak faham.”
“ Fikirkan tentang diri kau jugak. Semua orang berhak bahagia. Suatu hari nanti kau akan faham apa maksud aku.”
Kata-kata Fatiha membuatkan Nailah terfikir-fikir. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Beberapa hari ini tidur malamnya terganggu. Fatiha sudah masuk tidur. Begitu juga teman-teman serumahnya yang lain.
“ Ishhhh. Kenapa ni. Aku dah ada semuanya. Makan pakai cukup. Kewangan ? Setakat ni okay lagi. Study ? Result aku maintain. Tesis ? Hampir selesai.” Nailah bermonolog. Tiba-tiba dia teringatkan ibu dan bapanya. Nailah langsung membuat panggilan ke Malaysia. Sekarang di Birmingham menunjukkan jam 11 malam dan di Malaysia pula pukul lapan pagi.
“ Assalammualaikum, mummy.”
“ Waalaikumsalam Fara. Lama dah Fara tak call. Pukul berapa kat sana ?”
“ Pukul 11 malam.”
“ Kenapa tak tidur lagi ?”
“ Tak dapat tidurlah mummy. Daddy ada buat apa ?”
Daddy macam biasalah. Sibuk dengan pokok bunga dia di depan tu. Fara sihat ?”
“ Sihat. Kak Azwa ada kat rumah tak ?
“ Khawlah Al Azwar ? Busy memanjang. Sekejap di laut sekejap di darat. Mummy pun risau dengan dia ni. Umur dah nak masuk 30. Silap-silap Fara yang kahwin dulu nanti.”
“ Ish mummy ni. Ke situ pulak.”
“ Bila Fara balik Malaysia ? Mummy rindulah.”
“ Sabar ya Mummy. Tak lama lagi ni. Mummy doakanlah Fara dapat habiskan cepat. Baitul Rayyan macam mana ? Rindu Fara nak jumpa budak-budak tu.”
“ Jangan risau. Mummy dan Daddy selalu memantau aktiviti di Baitul Rayyan. Tak lama lagi, Baitul Rayyan ada produk baru tau. Mereka dah mula menjahit. Ada yang berpotensi tau untuk jadi pereka fesyen. Mummy pun dah tak cari orang lain. Kalau nak jahit baju, mummy pergi je Baitul Rayyan. Mana tau suatu hari nanti dapat buat jenama fesyen sendiri.”
Excitednya Fara dengar. Ni yang buat Fara tak sabar nak balik Malaysia.”
“ Fara belajar elok-elok sana. Jaga diri. Kalau dah ada kawan istimewa tu, kahwinlah cepat-cepat. Nak kahwin kat sana, kahwin kat sini, cakap je. Daddy tak ada masalah.”
“ Kenapa mummy ni dari tadi cakap pasal kahwin je.”
“ Fara, awak tu dah umur 24. Mummy kalau boleh nak anak-anak mummy settledown cepat-cepat. Awak tu perempuan tau. Azwa pun sama. Anak perempuan ni bukannya senang nak jaga. Daddy dan mummy tak nak ada perkara yang tak diingini berlaku.”
“ Insya Allah mummy. Biarkan Fara habis belajar dulu ya. Kalau Fara tak jumpa, mummy dan daddy carikan lah ya.”
“ Betul ni ?”
“ Ya. Mummy… Nak cakap ni, esok Fara pergi London dengan kawan-kawan serumah. Ada jugak kawan-kawan lain.”
“ Buat apa kat London ?”
“ Ada event di Malaysia Hall. Satu lagi, Fara nak renew passport. Susah nak balik Malaysia. Penat. Lagipun tak lama lagi Fara nak bentangkan tesis.”
“ Baiklah kalau macam tu. Jaga diri. Ingat pesan mummy. Assalammualaikum.”
“ Waalaikumsalam.”
Panggilan selama dua puluh minit berakhir. Lega rasa hati Nailah kerana sudah mendengar suara ibunya. Ibunya umpama sahabat dan penasihat. Nailah lebih akrab dengan ibunya berbanding kakaknya Khawlah Al Azwar yang lebih berciri maskulin. Azwa merupakan orang kepercayaan bapa mereka namun tidaklah bermakna Nailah tidak boleh dipercayai.
Perjalanan dari Birmingham ke London pasti memenatkan. Jadi sesukar mana untuk menutup mata, akhirnya perlahan-lahan Nailah terlelap.

Birmingham Coach Station
Hari ini Nailah, Fatiha, Afiqah dan Jannah kelihatan anggun. Mereka semua telah berpakat untuk memakai baju kurung hari ini walaupun dengan cuaca bersuhu sembilan darjah Celsius. Kot musim sejuk dijadikan luaran. Lima minit kemudian, Luthfi dan teman-temannya termasuk pelajar junior tiba. Lebih mengujakan, mereka juga mengenakan pakaian kebangsaan Malaysia. Ada yang memakai kurta dan tampil segak berbaju melayu.
“ Wah Jannah. Sedondon kau dengan Hafiz ya.” Fatiha mengusik. Jannah malu-malu melihat Hafiz. Jannah memakai baju kurung floral yang berwarna jingga dan Hafiz juga mengenakan rona yang sama.
“ Cantiknya Jannah hari ni.” Ujar Hafiz. Dia suka mengusik Jannah kerana Jannah pasti akan membalas dengan wajah cemberut.
“ Kalau saya cantik, ndak juga saya kasi susah sama kau.” Jannah membalas.
Semua memberi perhatian kepada Luthfi. Luthfi memberi sedikit taklimat tentang program yang bakal berlangsung di London nanti. Sementara itu, Nailah mengagihkan kit makanan pagi yang sempat disediakan malam tadi bersama-sama teman serumahnya. Afiqah juga membantu mengagihkan makanan.
“ Semua dah ada kan ?”
Fatiha membantu untuk mengira semua peserta yang akan berangkat bersama. Semuanya ada 13 orang.
“ Luthfi. Semua dah cukup.” Ujar Fatiha. Dia benar-benar pasti.
“ Okay, macam ni. Sekarang ada empat orang yang kena gerak asing. Hafiz, Jannah, Nailah. Korang bertiga gerak dengan saya. Hakim, kau tolong incharge keadaan kat sana dulu. Kita orang lambat 20 minit.”
“ Macam mana boleh asing ?” Tanya Nailah yang hairan. Mujur kit makanan pagi yang diagihkan ada lebih.
“ Sebab ada pendaftaran last minutes. Ada junior nak ikut. So, kita tak dapatlah suruh junior pergi berempat. Mereka belum biasa lagi.” Jawab Luthfi.
“ Hai Jannah, saya duduk sama kau ya..” Hafiz mengusik lagi. Kali ini dia sengaja mengajuk cara Jannah bercakap.
“ Sik mauk, sik mauk. (Tak nak )” Giliran Jannah mengajuk Hafiz yang berasal daripada Kuching, Sarawak.
“ Jangan nak mengada. Hafiz, awak duduk dengan Luthfi. Saya duduk dengan Jannah.” Ujar Nailah tegas. Jika Hafiz duduk dengan Jannah, jadi dia terpaksa duduk dengan Luthfi. Oh, no way. Dua jam duduk dengan Luthfi, Nailah tidak tahu untuk membuka topik apa.
Luthfi menuju ke arah mereka selepas memastikan rombongan pertama berangkat. Mereka berempat duduk sahaja sementara menunggu keretapi yang membawa mereka ke London tiba. Sementara itu, Nailah sempat melihat pada telefon bimbit Luthfi. Mengapa ada nama Mardhiah ?
“ Awak pass tiket semalam dengan Mardhiah eh ?”
“ Ya. Kebetulan saya nampak dia semalam. Dia jalan seorang. Jadi saya teman dia sampai ke rumah. Hari pun dah lewat semalam, sebab tu saya tak panggil awak.”
“ Eh, tak apa. Saya pun semalam sibuk. Ada kerja sikit. Awak pergi mana balik lewat ?”
“ Ada talaqqi di rumah Sheikh Hameed. Isteri dia ada tanya awak semalam.”
“ Eh saya tak tahu ada talaqqi. Lain kali kalau awak pergi, cakap tau. Mana tau saya boleh bawa housemate dengan junior.”
“ Boleh. Minggu depan hari Khamis rasanya ada.”
“ Oh.” Nailah hanya mengangguk. Walaupun baru lima minit bercakap, Nailah sudah tiada idea. Bukan kerana bosan, tetapi dia berasa segan dengan Luthfi.
“ Mardhiah tu, saya tengok macam pelik sikit. Kenapa dia selalu bawa diri ? Sorry tanya, korang tak okay ke ?”
“ Eh. Okay je. Kenapa ?”
“ Tak ada apa-apa. Cuma risau tengok student kita berkeliaran lagi-lagi dah lewat malam. Kita ni di negara orang. Jauh dari keluarga. Apa-apa pun boleh terjadi.”
Nailah akui. Kebaikan Luthfi sering disalah anggap. Sikap tanggungjawabnya membuatkan ramai orang berasa senang. Bukan dia sahaja yang menaruh hati kepada Luthfi, tetapi banyak lagi. Tetapi Luthfi tetap menjaga etika profesionalism dalam berurusan. Itu yang membuatkan semua orang menghormatinya.
“ Jom lah kita gerak. Train dah sampai.” Luthfi menyedarkan Nailah yang masih termenung.
Kenapa Mardhiah ? Selama ini jika Luthfi bertanya tentang pelajar perempuan, Nailah tidak mempunyai apa-apa perasaan buruk, namun kenapa saat Luthfi bertanyakan Mardhiah, Nailah berasa kurang senang ? Adakah kerana peristiwa malam tadi ?
“ Jannah dan Hafiz dah di coach sebelah. Awak tak kisahkan, kita berdua duduk sini ?”
Nailah seperti orang terhinoptis. Fikirannya sesak sehingga dia hanya menurut sahaja. Lagipun ini bukan pertama kali Nailah berpergian bersama Luthfi. Namun kali ini klimatnya agak berbeza kerana sepanjang hampir tiga jam perjalanan, Nailah duduk berdua dengan Luthfi.
“ Awak tak sihat ke Nailah ? Saya ada bawa ubat.”
“ Pening sikit. Sebab saya tidur lewat malam tadi.”
“ Awak kena jaga kesihatan awak. Jangan overthinking. Saya ada untuk bantu awak. Kita akan graduate sama-sama ya.”
“ Apa perancangan awak bila kita dah graduate nanti ?” Ujar Nailah. Dia harus bijak mengatur kata supaya tidak ketahuan perasaannya.
“ Saya tak puas lagi belajar. Mungkin akan rehat sekejap. Balik Malaysia. Bina keluarga. Kalau ada rezeki, saya akan sambung lagi dan bawa anak isteri pergi bersama.”
“ Wah. Dah ada calon ke ?” Nailah mengambil kesempatan ini untuk mengetahui lebih lanjut.
“ Saya tak juga mencari. Belum fikir pun sebenarnya. Cuma tu target saya. Tapi, kalau tak sempat bina keluarga, saya tetap akan cari cara untuk dapatkan biasiswa supaya dapat belajar lagi.”
“ Oh.”
“ Awak dari tadi tanya saya. Awak macam mana ?”
“ Saya akan fokus dengan Baitul Rayyan dan beberapa perniagaan keluarga saya. Saya sebenarnya tak berminat untuk jadi orang korporat tapi disebabkan kakak saya doktor yang bertugas di pelantar minyak, saya kena akur. Daddy dan mummy saya dah tentukan semuanya.”
“ Baguslah. Banyak pahala awak sebab membela orang yang kurang bernasib baik.”
“ Saya berpegang dengan satu prinsip. Apa yang kita ada tak semuanya milik kita. Dalam apa yang kita ada, ada milik dan rezeki orang lain. Alhamdulillah daddy dan mummy saya setuju bila saya mengusulkan tentang Baitul Rayyan.”
“ Bagus. Awak seorang yang berwawasan. Ada cita-cita yang jelas. Thumbs up.”
“ Cita-cita saya ni tak seberapa pun. Saya masih perlukan sahabat-sahabat dan teman satu visi dan misi supaya projek Baitul Rayyan saya berjaya. Kalau awak tak keberatan, nanti bila balik KL, awak bolehlah join program-program yang diadakan oleh Baitul Rayyan.”
“ Insya Allah. Nampak macam menarik.”
“ Insya Allah awak tu, saya akan tuntut nanti.”
Mereka berseloroh. Sepanjang perjalanan itu, barulah Nailah melihat sisi lain pada Luthfi. Benar kata orang, jika kita hendak mengenali peribadi seseorang, bermusafirlah dengannya. Sempat Nailah memanjatkan doa dan harapannya dalam musafirnya.
“ Ya Allah. Aku sedang berhadapan dengan hambaMu yang telah memiliki seluruh hatiku. Jika Luthfi benar untukku, Kau temukanlah kami dalam masa yang tepat. Berikanlah peluang kami untuk berbakti kepada orang tua kami dahulu sebelum kami membina kehidupan kami. Yang ku harapkan adalah redhaMu.”
Tulus doa Nailah di dalam hatinya. Dia membuka matanya. Betul-betul Luthfi merenung tepat pada wajahnya.
“ Awak doa apa ?”
Nailah terkejut dan cepat-cepat dia sembunyikan riak wajah gementarnya.
“ Doa antara saya dan Allah.”
“ Kalau macam tu, saya pun nak berdoa jugaklah.”
“ Doa apa ?” Soal Nailah
“ Doa antara saya dan Allah.” Luthfi mengajuk kata-kata Nailah. Nailah hanya menggeleng. Malas hendak membalas. Seronok. Jujur Nailah seronok. Dia akan kenang tiga jam ini sebagai musafir terindah. Mungkin di lain waktu, dia tidak mungkin berpeluang untuk berpergian bersama dengan Luthfi. 


BAB DUA


Malaysia Hall, London
Semua pelajar Malaysia yang hadir bersilaturrahim sesama sendiri. Ada yang berbual dan mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar kenangan. Nailah juga ramah melayan kenalan-kenalan yang baru sahaja dia kenali. Meskipun tubuhnya berasa lemah, Nailah tetap gagahkan dirinya.
“ Kau okay tak ? Muka pucat semacam.” Ujar Afiqah. Sempat tangannya dilandaskan di dahi Nailah.
Fatiha juga perasankan wajah Nailah yang pucat lesi. Kedua-dua tangan Nailah dipegang erat. Sejuk.
“ Kalau kau tak okay, kau rehat dulu, nanti aku tempah bilik kat sini.” Fatiha mendekati Nailah. Bahu Nailah dipicit.
“ Eh, aku okay. Pening sikit je. Jom, kita borak-borak dengan yang lain. Bukan selalu ada program macam ni.”
Nailah masih berusaha menafikannya. Dalam lima langkah ke hadapan, pandangan Nailah kabur. Tangannya bertahan pada tiang sementara tangannya menggenggam kuat kainnya. Sakitnya bukan kepalang.
“ Jannah… Jannahh…” Suara Nailah sayup-sayup kedengaran dalam keramaian. Nailah tidak dapat bertahan lagi. Pandangannya kabur akhirnya menjadi gelap gelita.
“ Sya…. Sya…. Bangun Sya…” Jannah terperasankan Nailah yang rebah. Dia berasa cemas dan memanggil sahabat-sahabat yang datang bersama. Jelas kebimbangan pada wajah Luthfi sehingga dia meninggalkan perbualannya dan melihat Nailah.
“ Kenapa dengan Nailah ni ?”
“ Tak tahu lah Luthfi. Tapi dia memang ndak sihat. Kau sendiri nampak dia tadi kan pucat ?” Jannah membetulkan tudung dan pakaian Nailah yang terselak supaya auratnya terpelihara seperti yang pernah dilakukan oleh Nailah sewaktu salah seorang pelajar junior pengsan dan dikejarkan ke hospital pada bulan lepas.
Mardhiah berlari ke arah Nailah yang dikerumuni ramai orang. Air mineral yang berada di tangannya dituangkan sedikit pada kain perca yang sering dibawanya ke mana-mana. Kain perca basah itu disapukan ke wajah Nailah.
“ Mar rasa kita bawa Sya ke bilik dulu. Mungkin dia perlu rehat. Fatiha, kau pegang bahagian kaki, Jannah kau jaga kepala. Fiqah, kau support bahagian belakang dia. Okay. Minta tolong semua bagi laluan.”
“ Jannah, kau jangan nangis, Jannah.”
“ Sya tak pernah sakit sebelum ni. Aku risau sangat.”
“ Jangan risau. InsyaAllah Sya okay.” Fatiha menenangkan keadaan. Jannah sememangnya mudah emosi.
“ Okay, macam ni, kalau Nailah masih tak sedar, kita bawa Nailah pergi check-up.” Luthfi mencadangkan. Sepatutnya, setelah ini, dia dan Nailah bertemu dengan pegawai kedutaan untuk membincangkan tentang kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Birmingham.
“ Nanti ada apa-apa aku roger la.” Afiqah menambah. Dengan berbekalkan tenaga mereka berempat, Nailah akhirnya berjaya dibawa ke biliknya. Anggota badannya direhatkan. Jannah dan Fatiha telah sukarela menawarkan diri untuk menemani Nailah sementara Afiqah dan Mardhiah pula mengawal keadaan di bawah. Mereka harus menggantikan Nailah sebagai perwakilan pelajar daripada Birmingham.
Jannah sudah mulai mengantuk dan terlelap sebentar. Tiba-tiba, telefonnya berdering sebentar. Ada satu mesej diterima.
PRES LUTHFI : Nanti kalau Nailah dah sedar, inform saya. Bagi dia minum minuman panas.
JANNAH : Ya. Will do. Tapi hari ni aku harus pulang ke Birm. Ada banyak tugas. Boleh mintak tolong kau ?
PRES LUTHFI : Apa dia ?
JANNAH : Kau boleh teman Sya balik tak nanti sebab kami semua masih ada exam esok petang. Mustahil untuk Sya balik terus hari ni.
PRES LUTHFI : Apa-apa nanti saya inform lagi.
Jannah yang sempat mengulangkaji menutup bukunya. Dia bersandar dan melunjurkan kakinya di atas kerusi malas.
“ Siapa Jannah ?”
“ Luthfi. Aku minta tolong untuk dia teman Sya. Kita kan kena balik hari ni.”
“ Betul jugak tu. Tapi tu lah aku nampak Mardhiah… erm tak apalah.” Fatiha tidak menghabiskan ayatnya. Malas dia hendak mengulas panjang. Fatiha tidak tahu kenapa dia harus bersikap prejudis terhadap Mardhiah.
“ Bukan kau aja yang perasan. Aku jugak. Dari dulu. Astargfirullahalazim. Ndak dapat aku pendam nih.”
“ Kenapa Jannah ?”
“ Aku ndak tau apa niat Mardhiah. Kau perasan ndak yang dia tu attention seeker ? Aku nampak dia macam sengaja nak tarik perhatian Luthfi. Dan Hafiz pun ada tanya aku benda yang sama.”
“ Hafiz cakap apa?”
“ Mardhiah yang ajak Luthfi keluar. Tapi mereka ndak berdua. Hafiz ada teman dan kau tau, yang Mardhiah pakai nama Sya.
“ Maksud kau ?”
“ Mar cakap yang Sya yang ajak jumpa dan bila malam tu Hafiz dan Luthfi hairan yang Sya ndak ada sekali.”
“ Maksudnya Mardhiah cuba tackle Luthfi. What ? Dia macam terdesak je. Betullah sangkaan aku selama ni ?”
“ Kau pulak macam mana Fatiha ?”
“ Ya. Aku tak adalah cerita hot macam kau. Tapi dia selalu tuang kelas lah. Aku bukannya apa. Aku tak berkenan tau cara dia escape kelas macam tu. Alih-alih aku yang selalu kena tanya oleh lecturer. Mana dia pergi ? Kenapa tak submit kerja ? Takkan aku jawab ‘I don’t even care about her.’ Sure rosaklah imej pelajar Malaysia kat sini.”
“ Tapi kau rasa Luthfi tu layan ke si Mar tu ?”
“ Lelaki, Jannah… Tak dapat dijangka.”
“ Aku haraplah Sya dan Luthfi nanti bersatu. Aku kesian tengok Sya. After all she did all this while, she deserves to be happy.” Jannah mengenangkan nasib sahabatnya.

MARDHIAH  masih berjalan disekeliling kawasan Bayswater. Rencananya, dia ingin bersiar-siar ke Hyde Park. Seperti biasa, seorang diri. Air matanya diseka. Ternyata dia buntu bagaimana untuk meneruskan kehidupannya. Tangannya memegang perutnya. Lama-kelamaan akan kelihatan jelas dan terjawablah semua perilaku anehnya sejak akhir-akhir ini. 
Baru tadi dia selesai menghubungi ibunya yang memintanya untuk pulang ke Malaysia. Namun, jika dia pulang nahaslah dia dikerjakan nanti. Jika dia kekal di sini, aib-aibnya akan terbuka. Di sebalik perwatakan muslimahnya, pasti semua orang mengecamnya jika kehamilannya diketahui suatu hari nanti.
“ Apa aku kena buat ni. Leo tak jawab pun dari tadi.”
The number you have dialed is not in service. Please try later.
Hampa. Mardhiah benar-benar hampa. Sekarang ini misinya adalah untuk mencari seseorang yang boleh dia jadikan pak sanggup. Pak Sanggup ? Kejamkah dia ? Tetapi adakah cara lain untuk dia menyembunyikan kandungannya ?
Sorry Sya. Hanya Luthfi orang yang sesuai.” Mardhiah berperang dengan dirinya sendiri.
Hanya Luthfi sahaja yang dia boleh sandarkan untuk kepentingan dirinya. Di samping itu, Luthfi juga seorang lelaki yang bercirikan ‘husband material.’ Luthfi mampu dari segi rohani dan jasmani. Tambahan pula, sejak dia memulakan projek untuk mengumpan Luthfi, hatinya sendiri juga mulai terpaut dengan keindahan akhlak Luthfi. Walaupun ada rasa serba salah, tetapi Mardhiah tidak punya cara lain. Untuk menggugurkan kandungannya, mustahil kerana sebelum ini dia sudah melakukannya dua kali. Jika dia menggugurkan kandungannya buat kali ketiga, pasti ianya akan berisiko kepada nyawanya.
“ Nak kemana ?”
Mardhiah disapa oleh seorang pelajar kejuruteraan kimia yang menuntut di University of Southampton. Dia berjalan dengan beberapa orang rakannya.
Why ? Do you know me ?”
“ Tak payahlah nak berbahasa orang putih. Kita kalau dah jumpa sesama Malaysia, tak salah pun nak bertegur sapa. Saya Uzair. Abdullah Uzair.” Tinggi dan tampan persis artis korea menyerlahkan lagi pesona Abdullah Uzair.
Mardhiah membiarkan sahaja huluran perkenalan itu tidak bersambut. Fikirannya berserabut, boleh pula lelaki ini muncul di hadapannya.
“ Kau ni pun satu Uzair. Orang yang depan kita ni ostajah.” Salah seorang mengusik.
Mardhiah berasa tidak nyaman. Jika dilihat dari penampilannya pasti dia akan digelar ustazah kerana mengenakan jubah dan tudung labuh berukuran 60 inci. Sedangkan sikap sebenarnya, siapa yang tahu ? Hanya menunggu masa sahaja untuk terdedah segala aib dan dosanya.
“ Saya tahu nama saudari Mardhiah. Kenapa jalan seorang ni ?”
“ Awak kenapa nak tanya-tanya ni ? Mana awak tahu nama saya ?”
“ Tu kat beg awak ada keychain. Oh, awak duduk Birm.”
Mardhiah memberikan pandangan tajam kepada Abdullah Uzair sebelum melangkah pergi. Lelaki semua sama sahaja. Beberapa kali dia mencuba untuk menghubungi Leo seorang lelaki yang berbangsa Sepanyol-Filipina. Namun panggilannya itu tidak terjawab.
Mardhiah mencuba sekali lagi.
“ What do you want from me ?”
Suara Leo kedengaran. Sungguh berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu pertama kali mereka bersapa.
“ Leo, where are you ? How could you ?”
Leo hanya menjawab dengan ketawa sinisnya.
“ Here in Birmingham. Why ?”
“ You have to marry me.”
“ Are you nuts ? Impossible.”
“ I’m pregnant. I’m pregnant Leo.”
“ Oh ya ? Just do the same thing as usual. How much did you need ?”
“ Leo. I can’t do that.”
“ So ? Just die. Go die. I don’t even care.”
“ Leo. I love you..”
“ Ya. I love you too but I just don’t want live with commitment. Marriage things ? You know it sound cheezy for me.”
“ Leo…”
“ Okay, in minutes, I’ll transfer you an amount of money. And, please get rid of yourself from my sight.”
“ Leo… Leo…”
Perbualan mereka terhenti di situ. Sementara di belakang Mardhiah, Abdullah Uzair setia menunggu. Jarak mereka kira-kira lima meter. Mardhiah terkejut dan hanya berlagak biasa. Adakah Abdullah Uzair mendengar perbualannya ?
“ Awak nak apa lagi ?”
“ Saya tahu awak ada masalah keluarga. Saya tak paksa untuk awak cerita masalah awak, tapi saya sudi mendengar sekiranya awak nak cerita.”
Mardhiah sudah tiada kekuatan. Mardhiah mengikut sahaja ke mana Uzair pergi.
“ Awak ambil course apa ?”
“ Psychology.”
“ So awak boleh baca fikiran sayalah ni ?”
Mardhiah hanya tersenyum dan akhirnya tawanya meletus berbaur tangisan.
“ Pandai pun ketawa. Awak nampak comel bila ketawa.” Ikhlas Uzair mengucapkannya.
Ucapan itu mematikan senyuman Mardhiah. Dia tahu niat Uzair itu baik untuk menggembirakannya. Tetapi dia harus kembali ke realiti kehidupannya. Gembira untuk beberapa minit tidak mampu menyelesaikan semua masalahnya.
“ Kenapa ?”
“ I kena balik sekarang. Kawan-kawan I dah tunggu. Thanks for your treat.” Tanpa banyak kata, Mardhiah melangkah laju meninggalkan Uzair. Kaca matanya dibetulkan. Tangan kanannya diletakkan di dadanya. Betapa debaran yang dirasakan agak berlainan. Adakah Uzair mulai terpaut kepada Mardhiah ?

NAILAH  menggerakkan sedikit badannya. Pandangannya kabur. Kepalanya pening dan dia berasa seperti hendak muntah. Nailah berusaha untuk menyandarkan badannya pada katil. Tiada siapa bersamanya di dalam bilik ini namun pada telefon bimbitnya ada dilekatkan sekeping nota lekat daripada Jannah.
“ Get well soon babe. Sorry kita orang kena gerak dulu. Esok exam. Give me a call as you reach this note.”
Nailah berasa tidak selesa. Dia segera ke tandas untuk membersihkan dirinya. Ini kerana dia tahu bahawa aliran haidnya deras dan tidak normal seperti selalu. Hal ini sering berlaku namun ianya membimbangkan Nailah. Dia sudah melakukan pemeriksaan dan tahu bahawa dia mempunyai ketumbuhan cysts di ovarinya.
Air mata Nailah mengalir perlahan. Sakit. Itu pasti tetapi kerana hal inilah kesihatannya kerap terganggu. Hal ini telah dia sembunyikan daripada pengetahuan ahli keluarganya dan sahabatnya. Nailah tidak mahu mereka risau. Tak pasal-pasal dia kena kembali ke Malaysia.
Tidak lama kemudian Nailah menghubungi Jannah. Kebetulan Nailah memang harus lama di London kerana ingin menguruskan pasportnya yang akan tamat tempoh.
“ Kau okay tak Sya ?”
“ Alhamdulillah. Much better.”
Sorry sebab tinggalkan kau.”
“ Tak apa. Aku okay lagipun aku kena pergi embassy esok.”
“ Baguslah tu. Luthfi pun masih kat London. Dia memang plan nak tunggu kau untuk urusan tu.”
“ Oh ye ke ? Aku ingatkan dia dah balik sekali dengan korang.”
“ Luthfi takkan tinggalkan anak buah dia sendiri. Pergi sekali balik sekali.”
“ Ya baiklah. Terima kasih tau dan sorry susahkan korang.”
“ Tak ada masalah. Okay, aku letak dulu dan kau jangan lupa contact Luthfi. Risau pulak dia nanti.”
“ Okay.”

NAILAH berjalan perlahan menuju ke arah bilik air untuk membersihkan dirinya. Dia harus kuat. Selang 20 minit, Nailah mencapai beg galasnya dan mengeluarkan beg kecil yang mengandungi ubat-ubat yang menjadi makanan rutin Nailah. Ubat yang berwarna warni itu direnung lama. Nailah bosan. Sampai bila hidupnya harus bertahan dengan ubat tersebut.
“ Your cysts are seems bigger than before. I advised you to undergo an operation to remove your cysts.”
“ How much is the cost doctor ?”
“ As you are a foreigner, it approximately around 5000 to 6500 pound. Make sure your guardian know about this. If you delay the operation it might distract your health condition.”
“ Okay, thanks for your advise. I’ll let you know whenever I am ready.”
Nailah memegang perutnya. Hal ini sudah dia ketahui sejak tahun pertama menuntut di Birmingham. Nailah tidak pernah memaklumkan hal ini kepada keluarga dan sahabatnya. Baginya hal ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Namun kali ini, apa tindakan Nailah ? Mampukah dia bertahan ?
“ Stay positive Sya. Nanti balik Malaysia, mulakan rawatan.” Ujar Nailah bermonolog.
Sekali lagi telefon bimbit Nailah bergetar. Nailah melihat skrin telefonnya. Panggilan daripada Luthfi. Pasti ingin bertanya khabarnya. Begitulah seorang ketua yang bertanggungjawab.
“ Assalammualaikum Nailah.”
“ Waalaikumsalam.” Jawab Nailah dengan suara yang serak. Beberapa kali Nailah berdehem. Kerongkongnya berasa tidak nyaman.
“ Nailah dah sihat ? Nak saya bawa pergi klinik ?”
“ Alhamdulillah. Tak payah pergi klinik.”
“ Nailah dah makan ?”
“ Belum.”
“ Okay, kalau macam tu, saya solat Jama’ Maghrib dan Asar dulu. Lepas tu kita keluar ya. Tapi sebelum tu kita makan dulu di kantin”
Nailah menurut. Dia mengenakan blaus maksi dan seluar denim yang berpotongan A. Kemudian Nailah mencapai hoodie-cardigan yang agak labuh dan menyarungkannya ditubuhnya. Pashmina bermotifkan corak floral disarung kemas dikepalanya. Nailah tampil berbeza malam ini. Selalunya Nailah akan memakai tudung bawal ataupun selendang chiffon. Oleh kerana sedang bermusafir Nailah gemar untuk mengenakan pakaian yang tidak perlu diseterika.

“ Awak makan tu je ?” Luthfi hairan melihat pinggan Nailah hanya berisi satu per empat porsi lauk pauk tanpa nasi. Sedangkan orang Malaysia datang ke Malaysia Hall untuk melepaskan rindu terhadap masakan tanah air.
“ Ya.” Nailah duduk berhadapan dengan Luthfi.
“ Kenyang ke ? Tak apa. Depan saya awak tak payah control makan.” Luthfi mahu Nailah berasa selesa dan tidak kekok.
“ Tak lah. Saya memang tak makan banyak kalau saya….”
Itulah kebiasaan Nailah. Jika dia masih di dalam haid, Nailah akan mengurangkan porsi makannya dan tidak mengambil makanan pedas yang akan membuatkan perutnya berasa sneak dan berlawan dengan rasa senggugutnya yang teruk.
“ Ya. Okay saya faham.”
Luthfi meneruskan kunyahannya. Suapan demi suapan akhirnya Luthfi menghabiskan makanan di pinggannya. Nailah pula sambil itu fokus membalas mesej yang belum berbalas baik dari keluarga, sahabat dan pengurusan Baitul Rayyan.
“ Busy nya Cik Nailah kita ni.” Sengaja Luthfi mengusik.
“ Taklah busy sangat. Biasalah ni.”
“ Jangan lupa jaga kesihatan tu Nailah,keperluan tubuh badan tetap jadi keutamaan. Macam mana kita nak jaga orang lain kalau diri sendiri tak terjaga.”
“ Awak ni suka membebel kan ? Macam Daddy saya.” Jujur, Luthfi memang ada persamaan dengan bapa Nailah. Dato’ Zainal Abidin seorang ahli korporat tetapi sangat rendah diri.
“ Baguslah saya macam daddy awak. Mana tahu di masa akan datang saya jadi Dato’ Luthfi pulak.”
“ Baiklah Dato’ Luthfi.”
Berseloroh mereka berdua. Mujur tidak ramai yang berada di kantin waktu ini. Setelah selesai membuat pembayaran, Luthfi dan Nailah berjalan beriringan dan berdiri di hadapan Malaysia Hall melihat suasana malam di Bayswater.
“ Awak nak balik bilik ataupun kita jalan-jalan kawasan sini dulu ? Saya sebenarnya bosan duduk di bilik. Saya memang plan nak jalan-jalan sini. Tapi kalau awak tak nak, saya boleh jalan seorang.”
“ Boleh je. Tapi saya nak ambil sarung tangan kat atas. Cuaca sejuk sangat. Tangan saya cramp.”
“ By the way, awak ada selendang tebal atau kain yang macam mafela tak ? Saya lupa bawak.”
“ Ada. Saya bawa extra. Saya ambil dulu ya.”
“ Okay.”
Luthfi tekun menunggu. Kadang-kadang dia melihat telefon bimbitnya. Hari ini Luthfi berasa benar-benar segar dan lebih tenang. Kehidupannya hari ini tidak terlalu bergantung dengan telefon bimbit. Dia juga gembira kerana telah menyelesaikan ujian akhir tahun dan pembentangan kertas projek akhirnya dengan jayanya. Sekarang ini, Luthfi hanya fokus untuk menulis tesis akhirnya.
“ Dah.”
“ Okay let’s go.”
“ Nak pergi mana ?”
“ Jom naik bas.” Luthfi menunjukkan bas dua tingkat yang disediakan sebagai kemudahan pelancong untuk bersiar-siar. Luthfi dan Nailah duduk di tingkat dua iaitu ruang terbuka. Cuaca bertambah sejuk. Mereka benar-benar menikmati suasana malam di kota London.
“ Kenapa awak pilih Birmingham instead of London ? ” Tiba-tiba Luthfi bertanyakan soalan tersebut. Malam ini Luthfi dan Nailah bukanlah bersama sebagai teman satu negara. Tetapi sebagai sahabat yang bebas berkongsi segalanya. Namun mereka berdua masih menghormati antara satu sama lain dan menjaga batas.
“ Actually saya nak pergi Sheffield. Sebab Sheffield jauh dari kesibukan bandar. Birmingham adalah pilihan kedua saya.”
“ Tak menyesal pergi Birmingham ?”
“ Tak. Sebab ada kehidupan yang bagus. Ada kawan-kawan yang baik. Coursemate yang baik.” Ujar Nailah sambil melihat Luthfi.
“ Aah. Kita berdua je ambil History kat sini kan ?”
“ Awak baru perasan ke ?”
“ Tak adalah. Lama dah. Dari semester satu kita sama kelas.”
“ Mesti awak bosan tengok muka saya.”
“ Kenapa pulak nak bosan ? In fact, saya selesa. Sometimes saya cari-cari jugak kalau awak tak ada.”
“ Ya lah tu.”
Luthfi dan Nailah menikmati angin malam Kota London. Entah mengapa Nailah berasa lebih sihat. Dia sejujurnya tidak pernah terfikir akan melalui saat begini bersama Luthfi. Tanpa ada orang lain bersama mereka. Hanya mereka berdua.
“ Saya dah lama tak bersiar-bersiar macam ni. Selalunya saya akan jalan-jalan dengan mama saya.”
“ Anak mak lah ni ?”
“ Mestilah. Selepas arwah papa saya meninggal, saya jadi clingy sangat dengan mama saya. Kakak saya kan dah kahwin.”
“ Habis tu awak pergi England ni mama awak sorang-soranglah di rumah ?”
“ Sekarang tak. Mama dah kahwin baru. Dengan kawan arwah papa saya yang duda jugak. Jadi saya pun tak risau sebab ada orang jaga Mama. Mama pun nampak happy jugak. Saya sebagai anak pun gembira sebab Mama saya dah ada orang yang jaga.”
Mereka banyak bertukar cerita sehingga tak sedar hari semakin lewat. Namun cahaya di Kota London tak pernah mati. Mereka turun di London Bridge mengikut pelancong yang lain. Masing-masing kagum dengan keindahan Menara Big Ben di hadapan London Bridge.
“ Awak tahu tak sejarah di sebalik lagu London Bridge ?”
“ London Bridge is falling down ?” Luthfi menyanyikan sedikit. Comel pada pandangan Nailah.
“ Sebenarnya, ada kisah seram di sebalik lagu tu.”
“ Ya lah tu.”
“ Betul Luthfi.” Nailah meyakinkan Luthfi.  Nailah memulakan penceritaannya sambil mereka berdua bersiar-siar.
“ Dulukan, London Bridge yang kita nampak gah depan mata ni, cuma dibina daripada kayu dan tanah liat. Pengubahsuaian dilalukukan selepas serangan Viking di mana, London Bridge ni musnah disebabkan kebakaran dan bencana.”
“ Then, apa yang seramnya ?”
“ Sabarlah, orang belum habis cerita lagi dia dah potong. Tak best lah macam ni.” Terkeluar perangai manja Nailah. Mujur Nailah dapat mengawalnya. Segan kerana berkelakuan seperti itu. Namun, Luthfi sepertinya tidak kisah. Malah dia semakin menyenangi Nailah.
“ Okay.. Janganlah marah. Sambung cerita.” Pujuk Luthfi.
“ Ha, awak tahu tak, ada kepercayaan dahulu, di mana ada ritual khas yang diadakan untuk mengurung kanak-kanak di dalam dinding sebagai imbalan yang akan menjamin kestabilan struktur bangunan. Kejamkan ?”
“ Apa yang seram ?” Tawa Luthfi meletus.
“ Ish. Tak apalah. Kalau tak seram buat-buat je seram. Anggap je awak faham apa yang saya ceritakan ni.”
“ Tak adalah. Saya faham. Ritual tu tak silap saya, adalah upacara ‘reimmurement’. Mangsa akan dikurung dan mati perlahan-lahan. Bukan hanya London Bridge, tetapi seluruh bangunan lama di London ini juga berunsurkan cerita yang sama. Manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk meraih keuntungan walaupun terpaksa menganiaya manusia lain.”
Nailah mengangguk tanda setuju. Kata-kata Luthfi itu memang ada benarnya. Mereka meneruskan perjalanan mereka. Kali ini Luthfi meminta bantuan Nailah untuk merakamkan gambarnya di hadapan Menara Big Ben.
“ Awak tak nak bergambar ?”
“ Saya dah ada gambar di depan ni.”
“ Tu gambar waktu lain. Ni biar saya yang rakamkan gambar awak.”
“ Tak payahlah Luthfi.” Nailah segan.
“ Eh, no excuse. Berdiri depan tu.”
Nailah tiada pilihan lain. Dia menurut sahaja. Tidak seperti biasa, kali ini Nailah kaku.
Why are you so stiff ?” Tanya Luthfi. Sebagai seorang yang sudah biasa dalam bidang fotografi potret.
“ Nak buat gaya apa ?”
“ Okay dah.”
“ Saya tak sempat pose lagi.”
“ Saya candid je.”
“ Tak aci.”
“ Dah tu, tadi saya suruh posing awak tak pose.”
“ Apa-apalah Luthfi.”
Luthfi kemudian seperti melilau mencari seseorang. Nailah yang hairan lantas bertanya kepada Luthfi.
“ Awak cari siapa ?”
“ Cari orang untuk rakamkan gambar kita. Awak tunggu sini tau.”
Nailah hanya menunggu. Tidak lama kemudian Luthfi datang bersama dua orang pelancong daripada Malaysia yang berusia lebih muda daripada mereka.
“ Dik, tolong ambil gambar kami berdua.” Luthfi menjelaskan dengan pelancong tersebut menggunakan terma-terma bahasa dalam fotografi. Pelancong tersebut mengangguk tanda faham.
“ Satu, dua, tiga.”
Dengan menjarakkan diri kira-kira setengah depa tangan Luthfi, Nailah memberikan senyuman yang paling manis. Senyuman yang jarang dia paparkan. Entah mengapa Nailah berasa yang dia akan mengabadikan detik ini sebagai kenangan terindah ?
“ Kak, rapat sikit dengan husband akak.” Arah pelancong tersebut.
Nailah memandang Luthfi. Pelancong tersebut  tersalah sangka. Namun, Luthfi yang mendekatkan sedikit jarak mereka berdua.
“ Okay. Cantik.”
“ Terima kasih dik.”
Newly-wed ke ?” Ujar ibu kepada pelancong tersebut yang baru menyertai mereka.
“ Tak. Kami students dari Birmingham.” Beria-ia Nailah menjelaskannya.
“ Ingatkan newly-weds. Serasi sangat. Muka pun ada iras. Sebab tu aunty ingat korang baru berkahwin. Sorry.”
“ Tak apa aunty. Memang selalu orang ingat macam tu.” Luthfi menambah. Kemudian memberikan senyuman nakal kepada Nailah. Bergurau, tak kena tempat. Nailah geram dan menjengilkan matanya.
“ Eh, kalau tak silap akak ni Farafisyah kan ? Nailah Al Farafisyah.”
“ Adam kenal ke ?” soal wanita yang kelihatan muda lima tahun daripada ibunya.
“ Apa tak kenal ? Ni lah senior Adam yang pernah dapat Anugerah Tokoh Belia Malaysia.”
“ Bukan ke tu anak Dato’ Zainal Abidin ? Tapi yang kelmarin tak pakai hijab kan ?”
Nailah mengangguk hormat. Semua orang mengetahuinya. Luthfi juga mengetahuinya. Cuma Nailah kesal. Gambar-gambar lamanya di internet tidak dapat dihapuskan. Masih lagi tersebar.
“ Awak ni memang cantik. Bijak dan solehah. Untung mummy dan daddy awak. Mesti mereka bangga ada anak yang sempurna seperti awak.”
“ Tak ada lah aunty. Saya biasa-biasa je.”
“ Kakak awak doktor kan yang kerja di pelantar minyak?”
“ Ya. Azwa.  Khawlah Al-Azwar.”
“ Mesti dia betul-betul struggle untuk move on. Aunty dan ayah Adam masa tu di Bangkok. Terkejut juga bila Tan Sri Khalid sekeluarga terlibat dalam kemalangan. Dan anak sulungnya, Rafael tak dapat diselamatkan.”
“ Ya. Dia betul-betul tak dapat lupakan arwah abang Rafael. Lagi dua minggu nak menikah.”
Luthfi hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Tidak pernah Nailah bercerita perihal kakaknya kepadanya. Sungguh tragis.
Rafael dan seluruh keluarganya telah ditimpa kemalangan sewaktu mereka berada di Tanah Suci Mekah. Sewaktu dalam perjalanan ke Madinah, kereta yang dipandu oleh seorang mutsawif telah berlanggar dengan sebuah kereta MPV. Tan Sri Khalid dan Puan Sri Faridah dan juga Rania sempat diselamatkan. Namun, Rafael telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam perjalanan ke hospital.
Perkara ini telah mendapat liputan media. Kerajaan Arab Saudi telah memberi pampasan kepada keluarga mereka dan semua wang pampasan tersebut telah diserahkan kepada Khawlah Al Azwar. Jenazah Rafael telah disempurnakan di Mekah. Nailah sekeluarga sempat melawat keluarga Tan Sri Khalid di hospital sekaligus mengerjakan ibadah umrah.
Setiap tahun Khawlah Al Azwar akan memperuntukkan cuti tahunannya untuk ke Tanah Suci dan melawat pusara arwah tunangnya, Rafael. Sesekali air mata Nailah menitis mengenangkan kakaknya yang sentiasa bersembunyi di sebalik senyuman. Azwa sentiasa berpura-pura bahagia di hadapan masyarakat. Hakikatnya, Azwar akan bangun malam dan menangis di dalam tahajudnya. Siapa sahaja yang meminta untuk diuji sebegitu ?
“ I am glad to meet you. Terima kasih sebab sudi coffee-ing dengan kami.” Ujar Tengku Zahirah. Salah seorang jutawan diraja tetapi kehidupannya jarang mendapat liputan media. Tambahan pula, Tengku Zahirah seorang yang sangat merendah diri. Begitu juga dengan suaminya iaitu seorang taikun bisnes yang berbangsa Cina tetapi sudah memeluk Islam. Makanya wajah Adam dan adik kembarnya Arissa mempunyai campuran Cina dan Melayu.
“ Kalau aunty datang London lain kali, jangan lupa singgah Birmingham. Nanti call je Fara.” Nailah sepertinya sudah biasa dengan Tengku Zahirah. Selain itu Tengku Zahirah juga memberi tahu yang beliau baru sahaja pulang daripada Southampton tiga hari lepas selepas melawat anak tirinya iaitu anak lama suaminya bersama mendiang isterinya.
“ Insya Allah.”
Mereka sempat bersalaman dan berpelukan. Suami Tengku Zahirah yang senang dipanggil dengan gelaran uncle Kew menghulurkan beberapa helai wang kertas kepada Luthfi walaupun dia sudah puas menolaknya.
“ Rezeki jangan ditolak. Uncle tahu kamu student banyak pakai duit.”
Murah sungguh hati keluarga ini.  Baru sahaja berkenalan dua jam tetapi Luthfi dan Nailah sudah dilayan seperti keluarga sendiri.
“ Terima kasih uncle. Terima kasih aunty.”
Luthfi dan Nailah berlalu dan mereka berdua berbalas senyuman.
“ Tak sangka kan ? Murah rezeki kita jalan-jalan di London hari ni.”
“ Rezeki awak. Uncle Kew bagi duit tu kat awak. Awak kan selalu juga tolong orang. Sebab tu Allah gerakkan hati Uncle Kew untuk beri duit dengan awak.” Nailah jujur.
“ Eh, ni duit kita dua lah. Banyak jugak dia bagi.”
“ Berapa ?”
“ 300 pound.”
“ Banyaknya.”
“ Awaklah simpan kan ya ?” Pinta Luthfi kepada Nailah. Dia menyerahkan enam keping wang kertas 50 pound kepada Nailah.
Nailah menyusun wang tersebut elok-elok di dalam sebuah dompet yang lain. Dompet peribadinya hanya terdapat wang belanjanya. Dompet yang lain itu adalah wang yang telah diasingkan untuk perbelanjaan rumah dan juga simpanan yang tidak boleh diusik.
“ Saya baru tahu tentang kisah kakak awak. Sedih. Kesian dia.”
“ Saya tak sampai hati tengok Kak Azwa macam tu. Dua tahun dah berlalu. Kak Azwa masih setia. Dia tak boleh nak terima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Yang paling sedih dan buat saya meruntun menangis bila Kak Azwa selalu ulang yang Abang Rafael tengah tunggu dia di syurga.”
Nailah menghentikan kata-katanya. Air matanya dikesat.
“ Sorry. Saya tak dapat kawal diri saya.”
“ Nevermind. It takes time to heal.”
“ Tapi alhamdulillah. Dia tak pernah putus asa sampai tak solat. Dia tak pernah lupa Allah. Memang awal-awal tu dia tak ada selera makan. Kurung diri dalam bilik. Tapi, kak Azwa tak pernah lupa kewajiban dia sebagai anak. Masa mula-mula Kak Azwa minta izin nak kerja di laut, daddy terpaksa redha dan tawakal dengan keputusan Kak Azwa. Mungkin dengan menyibukkan diri, Kak Azwa akan lebih tenang dan dapat melupakan segalanya.”
Luthfi masih meminjamkan telinganya untuk mendengarkan luahan Nailah. Hari ini dia menyaksikan sisi lain pada Nailah. Jika sewaktu berurusan, Nailah kelihatan tegas dan berkarisma sehingga dia sendiri mengagumi Nailah. Pada Luthfi, Nailah seorang wanita yang hebat.
Thanks for lending your ears. Saya tak sabar nak balik Malaysia. Saya rindu dengan Daddy, Mummy dan Kak Azwa. Family bond kami sangat kuat walaupun hanya kami berempat sahaja.”
“ Tak apa. Tak lama lagi kita akan balik. Semoga semuanya nanti dipermudahkan.”
Mereka berdua sudah tiba di hadapan Malaysia Hall. Nailah dan Luthfi masing-masing kembali ke bilik untuk berehat. Esok mereka akan berurusan di Kedutaan Malaysia untuk urusan pemanjangan pasport Nailah. Nailah tidur lebih awal selepas puas mengeluarkan air mata.
Sementara Luthfi pula masih berbaring. Sedikit pun dia tidak berasa mengantuk. Hatinya seperti berbagi dan fikirannya runsing. Tidak pasti kenapa ? Tangannya mencapai Kamera DSLR yang merakamkan gambar permandangan di London. Satu persatu gambarnya dilihat. Gambar kandid Nailah ditenung lama-lama.
Nailah bukanlah kategori perempuan yang cantik. Tetapi penampilannya yang kemas dan bersahaja serta keyakinan dan akhlaknya yang baik membuatkan Nailah tampil berbeza daripada gadis-gadis yang lain.
Gambar seterusnya adalah gambar yang dirakam oleh Adam iaitu anak Uncle Kew dan Aunty Zahirah. Gambar dirinya dan Nailah yang sedang berdiri di hadapan Menara Big Ben. Luthfi mengeluarkan kad memori dan memasukkannya ke dalam komputer ribanya yang sering di bawa bersama. Kemudian, dia memasukkan gambarnya dan Nailah serta gambar kandid Nailah di dalam sebuah folder yang tersorok.
“ Kenangan.”
Sebelum melelapkan mata, Luthfi sering membiasakan dirinya untuk menunaikan solat sunat. Dia tidak mahu tidur dalam keadaan yang tidak tenang.