BAB SATU
Birmingham
Aston
Seperti biasa
pada minggu peperiksaan semua pelajar akan memilih untuk duduk di rumah sahaja.
Nailah Al Farafisyah juga begitu. Meskipun kehidupannya tidak tertekan seperti
rakan-rakan lain yang mendapat tajaan, namun ini bukanlah syaratnya untuk tidak
bersungguh-sungguh dalam peperiksaan.
Nailah tidak pernah mengambil enteng meskipun bergiat aktif dalam
persatuan komuniti Malaysia di Birmingham. Tambahan pula, besar harapan orang
tuanya kepadanya.
“ Sya. Ada
orang panggil.” Mardhiah mengetuk pintu biliknya. Mardhiah merupakan sahabat
baiknya yang telah bersama-samanya berjuang dari tahun pertama.
“ Siapa ?”
“ Siapa lagi ?”
Sahut seisi rumah.
“ Oh. Okay.”
Ujar Nailah .
Dia segera mengenakan tudung dan jaketnya. Nailah menyediakan minuman panas
untuk tetamunya. Cuaca agak sejuk di luar sana. Buku nota dan pen di bawa
bersama.
“ Sorry
lambat.”
“ Tak apa.”
Ujar Luthfi. Minuman panas bertukar tangan.
“ Saya dah
siapkan beberapa kerja terjemah. Tapi saya tak tahu betul ke tak. Saya harap
Luthfi boleh tolong tengokkan. Kalau ada kesalahan, tolong betulkan.”
“ Okay. Nanti
saya tengokkan. By the way, ni buku yang awak nak pinjam.” Luthfi
menyerahkan dua buah jilid kitab sirah nabawiyah kepada Nailah.
“ Terima kasih
Luthfi. Ni saya nak tanya. Luthfi bila balik Malaysia ?”
“ Tak pasti
lagi. Saya rasa saya tak balik sebab sekarang kan final year. Awak balik ke ?”
“ Pun tak sure
lagi. Sebab saya kena uruskan passport saya. Tak perasan pulak dah nak expired.”
“ Awak kena
turun London lah kalau macam tu. Report kat embassy. Saya rasa embassy
boleh urus. Ingat tak taklimat masa mula-mula kita daftar dulu ? Tak silap
saya passport boleh diperbaharui di kedutaan.”
“ Oh ye ke ?
Saya pun malas nak balik. Awak tahukan perjalanan kita ni panjang. Lagipun
membazir jugak.”
“ Kalau awak
nak saya temankan ke London, boleh. Nanti ajak kawan ramai-ramai. Kita pergi
minggu depan. Lagipun ada event di Malaysia Hall minggu depan.”
“ Boleh kalau
macam tu. Apa-apa saya inform Luthfi
lagi.”
“ Fokus dengan
ujian dulu ya. All the best for your exam. Terima kasih minuman.”
“ Sama-sama.
Hati-hati di jalan. Assalammualaikum.”
“
Waalaikumsalam.
Nailah menunggu
sehingga Luthfi hilang dari pandangan.
“ Fuhh.”
Akhirnya dia dapat bernafas lega. Gementarnya luar biasa saat berhadapan dengan
Luthfi. Perasaan yang sama dirasai sejak empat tahun yang lepas. Bukannya
Nailah sengaja menyemai perasaan itu. Namun ia datang tanpa diminta. Nailah dan
Luthfi memang sangat sinonim kerana mereka sentiasa terlibat dalam urusan yang
sama.
Nailah masuk ke
dalam rumah. Saat pintu ditolak, semua teman serumahnya sudah berada di hadapan
pintu seperti baru menghendap.
“ Apa masalah
korang ?”
“ Kau tu bah
yang bermasalah.” Usik Jannah yang berasal daripada Sabah.
“ Obvious
giler kau control depan dia.” Afiqah menambah.
“ Mana ada.
Merepek lah korang ni. Dah, sambung belajar.” Nailah menafikannya.
“ Kita orang ni
memang lah study. Tapi tu lah. Kita orang ni tak ada yang motivate.”
Fatiha sengaja menambahkan garam.
Nailah malas
hendak melayan perangai gila sahabatnya. Sebelum dia terlupa, ada pesanan
daripada Luthfi yang harus dia sampaikan.
“ Minggu depan,
aku nak ajak korang pergi London. Sebab ada majlis di Malaysian Hall. Aku pun
nak ke embassy. Lebih elok kalau kita semua ramai-ramai pergi.”
“ Ramai-ramai
maksud kau siapa sahaja ?” Afiqah bertanya seperti menyoal siasat seorang
pelaku jenayah.
“ Kita serumah
?”
“ Sebab Hakim
ada cakap kat aku yang dorang pergi jugak. Ke, Luthfi yang ajak kau ?” Afiqah
sengaja mengecilkan matanya. Dia sengaja menduga Nailah. Sinis sahaja nada
soalannya.
“ Wuuuu…. Sya
dah pandai sekarang. Pergi London dengan Luthfi.”
“ Eh, aku ajak
korang sekali lah. Suka hatilah. Daripada
aku bawa korang, baik aku bawa mengucap bawa bertenang dan bawa bersabar.”
Seluruh isi
rumah berseloroh. Manakala Mardhiah hanya memerhati dari jauh sahaja. Sejak
akhir-akhir ini Mardhiah sering mengasingkan dirinya dan berdiam sahaja. Nailah
perasankan perubahan Mardhiah. Tetapi hanya menganggap perkara itu perkara
biasa mungkin kerana Mardhiah mempunyai sebab peribadi untuk kekal berdiam
diri.
“ Sya…”
Mardhiah masuk
ke dalam bilik Nailah. Kali ini dengan ekspresi wajah yang berbeza. Tergambar
kesedihan pada wajahnya. Nailah yang baru sahaja mematikan komputer ribanya
menyuruh Mardhiah masuk dan duduk di katil. Sepertinya Mardhiah memerlukannya.
“ Kenapa Mar.?”
Mardhiah
memeluk Nailah dan menangis teresak-esak. Nailah hanya membiarkan sahaja.
Memberi ruang kepada Mardhiah untuk lepaskan segalanya.
“ Aku tak tahu
macam mana nak mula.”
“ Okay Mar. Breath
in, breath out.”
Mardhiah
menurut kata Nailah. Pelukan dilepaskan. Air matanya diseka.
“ Aku tak boleh
teruskan study.”
“ But why
? Mar, kau tinggal satu semester lagi tau. Setiap masalah, pasti ada jalan
penyelesaiannya.”
“ Penyelesaian
apa ? Aku tak nak hidup menyusahkan kawan-kawan aku. Sekarang ni keluarga aku
ada krisis.”
“ Mar. Aku
faham perasaan kau. Kenapa kau tak cakap dekat aku awal-awal ? Kita boleh settle sama-sama masalah
kau ni.”
“ Aku malu. Aku
segan.”
“ Tak ada yang
nak disegankan. Eh, kebetulan minggu depan ada event di Malaysia Hall.
Jom ikut sekali. Mana tau, kita dapat jumpa dengan pegawai kedutaan yang boleh
selesaikan masalah ni.”
“ Eh, tapi,
duit aku cukup-cukup je ni.”
“ Jangan risau.
Aku ada. Kita pergi ya ?” Nailah meyakinkan Mardhiah. Dia berfikir untuk
membincangkan hal ini dengan Luthfi. Pasti Luthfi akan menemui jalan
penyelesaiannya.
“ Terima kasih
Sya. Aku takkan lupa semua kebaikan kau.”
“ Jangan cakap
macam tu. Kita kan kawan. Selagi aku mampu, aku bantu.”
Persahabatan
yang terbina atas dasar percaya bertahan sehingga kini. Mardhiah sentiasa ada
jika Nailah memerlukan nasihat. Mardhiah berperwatakan lebih warak berbanding
Nailah. Ini yang membuatkan Nailah rapat dengan Mardhiah kerana Mardhiahlah
asbab Nailah menjadi lebih islamik. Sehinggakan, keluarga Nailah terkejut
dengan perubahan Nailah. Namun ibu dan bapa Nailah bersyukur kerana Nailah
didampingi oleh sahabat-sahabat yang baik. Keluarga Nailah pernah berkunjung ke
Birmingham dan semua teman serumah Nailah sudah biasa dengan keluarga Nailah.
Visi dan misi
Nailah adalah untuk menjadi seorang yang baik dari hari ke hari. Oleh kerana
karakter Nailah yang selamba menyebabkan dia mudah disenangi oleh
teman-temannya baik dari satu negara atau teman sekampusnya.
Telefon Nailah
berdering. Ash menghubunginya lagi. Nailah rimas namun untuk menjaga hati Ash,
Nailah menjawab dan hanya berbasa-basi.
“ Hello
sweety.”
“ Yeah. Hi.”
“ You
haven’t answer my question ?”
“ What
question, Ash ? I think I already explain enough.”
“ Who is he
?”
“ No need to
know. And I think it is late already. I have a paper to sit
tomorrow morning. Good night.”
Nailah
meletakkan sahaja panggilan telefonnya. Nailah tidak menyangka Ash akan
mempunyai perasaan sebegitu terhadapnya. Ash memang tampan dan baik. Namun,
perasaan Nailah hanya terbatas tidak lebih daripada seorang kawan. Nailah tidak
pernah terfikir di mana dia dan Ash akan bersatu sebagai suami dan isteri. Ash
seorang yang taat kepada agamanya. Tidak mungkin kerana cinta, Nailah
mengorbankan agamanya.
“ I can
marry you without changing my belief, Sya.”
“ No, you
can’t. It is impossible Ash. Let just be friend, Ash.”
Ash ataupun
Ashkov adalah seorang lelaki yang berasal daripada Russia. Ash merupakan pelajar
tahun akhir kursus Teologi. Ashkov merupakan seorang yang beragama Kristian
Ortodoks. Namun, dalam diskusi agama, Ashkov sangat matang dan menghormati
pandangan orang lain. Ashkov sering berdiskusi dengan pelajar Malaysia kerana
pelajar Malaysia kebanyakannya meraikan perbezaan pendapat.
Nailah tidak
dapat tidur apabila mengenangkan tesis akhirnya. Dia mahu segera menamatkan
pengajian. Bukan kerana bosan, tetapi kerana Nailah mempunyai cita-cita lain
yang hendak dicapai. Jujur dia merindui anak-anak didiknya di Malaysia. Mereka
juga sering bertanyakan khabar Nailah. Nailah telah dibantu oleh kedua orang
tuanya untuk menubuhkan pusat perlindungan bagi ibu-ibu muda yang tidak
bernasib baik untuk meneruskan pendidikan. Usaha Nailah dipuji sehingga namanya
dikenali dan pernah tercalon untuk menjadi ikon belia Malaysia. Namun, Nailah
tetap merendah diri. Dia lebih selesa untuk tidak dikenali.
“
Astargfirullahalazim. Ya Allah, Kau bimbinglah aku sehingga akhir Ya Allah. Kau
berikanlah aku kekuatan untuk menyelesaikan semuanya dengan lancar Ya Allah.
Bismikallahummaahyawa’amuth,”
Nailah
melelapkan matanya. Pada besok hari, dia akan menduduki ujian dan banyak urusan
yang perlu diselesaikan. Biarlah dengan tidur ini, fikirannya berehat sebentar.
NAILAH berasa lega kerana sudah berjaya menghabiskan kertas terakhirnya.
Nailah masih duduk di kampus kerana sudah terlebih dahulu membuat temu janji
untuk bertemu dengan Profesor Ronnie. Nailah berasa lapar dan menuju ke
kafetaria untuk mendapatkan minuman panas. Nailah sentiasa membekal makanan
dari rumah kerana sulit untuk mendapatkan makanan halal di kafeteria.
Nailah
terserempak dengan Luthfi yang sedang mengulangkaji pelajaran. Luthfi hanya
memberikan senyuman kepada Nailah. Nailah langsung beratur untuk membeli
minuman. Tiba-tiba Nailah terpandan Ash dari jauh. Dia tahu yang Ash sedang
mencarinya. Sepantasnya Nailah kembali dan duduk bersama Luthfi.
“ Awak tolong
saya, awak.”
“ Kenapa,
Nailah ?”
“ Ash.. Ashkov
dah datang…”
Luthfi hairan.
Ashkov juga sudah menuju ke arah mereka. Nailah tunduk dan Luthfi mengawal
keadaan walaupun tidak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku.
“ I don’t
know it is Luthfi.”
“ Yeah,
Luthfi. “
Luthfi yang
tidak tahu menahu juga menambah. “ Yes, it’s me Luthfi. Hello Ash.
Long time no see.”
“ Yeah.. I’m
quite busy. Congratulation to both of you.”
“ Congrats
for what ?” Luthfi hairan. Namun reaksi itu hanya ditunjukkan kepada
Nailah.
“ For our
graduation, darling.” Nailah memijak kaki Luthfi. Luthfi yang hairan hanya
mengiyakan sahaja. Darling ? Apa maksud Nailah ? Sempat Nailah mengetap
giginya.
“ I got to
go now. Bye.” Ashkov berlalu dengan hati yang lara. Selang satu minit
setelah Ashkov berlalu, Luthfi memandang tepat pada mata Nailah. Dia meminta
penjelasan.
“ Kenapa tengok
saya macam tu ?”
Luthfi masih
tidak mengalihkan pandangannya. Nailah masih belum memberikan penjelasan.
“ Okay. Sorry
sebab libatkan awak. Ash, sejak dua tiga hari ni asyik ganggu saya. Saya
terpaksa mengelak dan saya dah tak ada cara lain dah. Kebetulan awak ada kat
sini.”
“ Kenapa awak
tak nak Ash ? Ash okay apa ? Baik, kacak. Dengar cerita dia orang kaya Rusia.”
Sengaja Luthfi mengusik.
“ Sebab saya
nak awak seorang sahaja, Luthfi.” Alangkah indahnya jika Nailah benar-benar
mampu menyatakan perasaannya. Kata-kata itu dibiarkan tersimpan di dalam hati.
“ Ish. Saya tak
ada masa untuk fikir pasal tu. Nanti tak pasal-pasal saya kena bebel mummy
dan daddy saya. Er, saya pindah meja sebelah ya. Kesian awak terganggu
nak study. Terima kasih tau, tolong saya tadi. Sorry sebab pijak kaki
awak.”
“ Eh, tak apa.
Awak duduk je sini. Sebab saya pun tak habis lagi semak kertas yang awak beri
semalam. Nak discuss sama-sama ?
Saya ada bawa kertas awak.”
“ Awak tak busy
?”
Luthfi
menggeleng.
“ Okay. Dan
saya ada bawa sandwich. Jangan risau, ni halalan thoyyiban.”
Luthfi dan
Nailah memulakan diskusi mereka. Meskipun detak jantung Nailah mulai laju,
namun dia berjaya mengawalnya. Nailah harus profesional. Ini adalah urusan
kerja bukan urusan hati. Namun pandangan mata Luthfi ibarat dari mata turun ke
hati. Sehingga Nailah menjadi segan.
“ Nailah. Awak
okay ke tak ni ? Kalau tak okay, kita boleh hentikan diskusi ni. Lagipun awak
pun baru habis paper. Mestilah penat.”
“ Saya okay.”
“ Tak. Awak tak
okay Nailah. Saya dah kenal awak sejak kita berada di tahun pertama lagi.
Walaupun bidang kita berbeza, tapi pelajaran penterjemahan tak jauh beza
daripada pelajaran awak iaitu bidang sejarah dan ketamadunan. Kalau awak ada
masalah dalam pelajaran, kita boleh saling bertukar pandangan.”
“ Amboi.
Belajar bidang penterjemahan dan awak sekarang mahir menterjemahkan riak wajah
seseorang ya. Hebat.”
“ Tak adalah.
Cuma awak nampak gelisah. Ke awak masih teringatkan Ashkov ?”
“ Merepek awak ni Luthfi.”
“ Dah tu ? Ni
nak tanya, junior okay ? Budak batch kita yang perempuan semua macam
mana ? Dah lama jugak tak dengar berita tentang dorang.”
“ Okay. Mereka
pun bukan budak lagi lah. Ni ada seorang sahabat kita perlukan bantuan. Luthfi
sebagai ketua, boleh tak usulkan beliau untuk menerima bantuan dari tabung
kebajikan ?”
“ Siapa ?”
“ Mardhiah.”
Nailah
menceritakan masalah yang di hadapi Mardhiah namun tentang krisis keluarga
Mardhiah, Nailah rahsiakan kerana ianya bersifat peribadi. Memadai hanya dengan
mengetahui masalah kewangan yang dihadapi oleh Mardhiah.
“ Insya Allah
nanti bila kita pergi ke London, saya akan jumpa presiden persatuan pelajar.
Selain itu, saya boleh bercakap langsung dengan Tan Sri Mokhtar. Saya rasa
beliau terbuka untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh pelajar kita.”
“ Terima kasih
Luthfi.”
“ Simpan terima
kasih awak tu. Belum masanya untuk saya terima ‘kasih’ awak. Eh, saya balik dulu. Nak solat jumaat. Kalau
ada apa-apa, inform je. Dan, berkenaan dengan perjalanan kita ke London, tolong
listkan nama siapa yang nak pergi, InsyaAllah petang ni saya akan beli tiket.”
“ Okay. Terima
kasih Luthfi.”
“
Assalammualaikum.”
“
Waalaikumsalam.”
Luthfi. Seorang
lelaki yang cukup sempurna dari segala aspek. Itu dari pandangan kaca mata
seorang Nailah. Namun, berbeza pula dari pandangan sahabat-sahabat yang lain.
AFIQAH : Kacak
tu memang kacak tapi Hakim kacak lagi kot.
JANNAH :
Siapa-siapa pun boleh suka si Luthfi tu bah. Sebab dia tu baik dan prihatin.
Aku rasa nanti selepas grad, Luthfi confirm jadi Menteri. Paling tidak
pun pegawai kedutaan.
FATIHA : Luthfi
ni macam ustadz-ustadz pun ada jugak. Tapi not bad.
Tetapi, pada
pandangan Nailah, Luthfi ialah seorang yang gentleman. Luthfi juga
menenangkan. Kadang-kadang ada sisi lain pada Luthfi yang membuatkan dia
kelihatan comel.
“
Astaghfirullah, apalah aku ni berangan benda yang tak berfaedah.” Nailah
bermonolog sendirian. Jam pada pergelangan tangannya dilihat. Lebih kurang 15
minit lagi, Nailah akan bertemu dengan Profesor Ronnie. Lekas-lekas Nailah
berjalan menuju ke pejabat Profesor Ronnie. Beliau sangat cerewet dan menepati
masa. Jika tersilap langkah, nahaslah.
Seminggu
kemudian..
LUTHFI : Salam..
esok dalam pukul empat pagi semua ready.
NAILAH : Wsalam,
okay.
Nailah segera
memberitahu kepada semua teman serumahnya. Kebetulan, semua bersetuju untuk
pergi bersama. Afiqah dan Jannah mengambil langkah untuk masuk tidur awal.
Fatiha pula masih tekun mengemas. Memang menjadi tanggungjawab Nailah untuk
memeriksa seluruh isi rumah.
“ Mardhiah…
Mardhiah mana ?”
Nailah mengetuk
pintu bilik Mardhiah berkali-kali. Bimbang jika terjadi sesuatu kepada
Mardhiah.
“ Mar tak ada.
Dia keluar.” Fatiha terdengar Nailah mencari Mardhiah.
“ Keluar ?
Dengan siapa ? Dah lewat ni. Risau aku dibuatnya.”
Tidak lama
kemudian, kedengaran pintu rumah diketuk. Mardhiah telah pulang. Namun,
wajahnya tidak kelihatan sugul. Matanya berkilau seolah-olah Mardhiah telah
menemui kegembiraan. Nailah hairan namun tidak pula bertanya.
“ Mardhiah,
lain kali kalau balik lambat tu tolonglah cakap. Nasib baik aku dan Sya masih
bangun.”
“ Sorry,
aku jumpa orang tadi.” Mardhiah tersenyum. Namun tiada tanda-tanda yang dia
akan berkongsi cerita kegembiraannya. Sepeti biasa, Mardhiah kekal menjadi
sosok misterius di dalam rumah ini. Makanya, Jannah dan Afiqah tidak begitu
akrab dengan Mardhiah. Fatiha juga hanya membatasi hubungan mereka sebagai
teman serumah dan satu jurusan.
“ Tak apalah,
yang penting kau selamat.” Ujar Nailah yang meredakan ketegangan antara Fatiha
dan Mardhiah. Nailah pergi ke dapur untuk membancuh teh chamomile. Dia sudah
terbiasa. Jika tidak, dia tidak akan lena malam ini kerana kesejukan.
“ Sya, sebelum
aku lupa. Ni tiket keretapi kita esok. Dan nah, duit kau. Tiket aku Luthfi dah
tolong bayarkan.” Mardhiah malu-malu menyerahkan tiket tersebut. Nailah hairan.
Ada suatu perasaan yang kurang menyenangkan. Namun cepat-cepat ditepis segala
sangkaan buruknya.
Fatiha
terperasankan mimik wajah Nailah. Namun, dia menunggu sehingga Mardhiah masuk
ke bilik dahulu sebelum mengambil peluang untuk berbicara dengan Nailah.
“ Kau masih tak
tidur lagi ke ?”
Fatiha
menggeleng. Banyak pekerjaan yang harus dia selesaikan. Semester ini dia
terpaksa mengambil semula subjek yang pernah dia ambil semester lepas.
Psikologi Klinikal bukanlah semudah yang disangka. Fatiha merupakan pelajar
jurusan Psikologi, sama seperti Mardhiah.
Jannah dan Afiqah merupakan pelajar jurusan Pengajian Perniagaan. Hanya
Nailah sahaja yang mengambil jurusan Sejarah dan Ketamadunan.
“ Kau tanya
aku, kau tak tidur ke ?”
“ I was.
But sekarang..”
“ Aku tahu. Meh
lah kita duduk dulu sini. Dah lama aku tak borak dengan kau.”
Nailah menurut
dan menyertai Fatiha. Dia tidak keberatan. Niatnya juga ingin menemani Fatiha.
“ Sebelum tu.
Kau nak minum apa-apa tak ? Aku buatkan.”
“ Milo 3in1
aku masih ada lagi tak ? Kalau ada, letak dua bungkus kasi pekat.”
Nailah kembali
duduk bersama Fatiha di ruang tamu. Fatiha mengemaskan barang-barangnya.
Pekerjaannya hampir selesai.
“ Sorrylah,
aku tanya ni.”
“ Apa ?”
“ Kau
betul-betul kan, suka kat Luthfi ?”
Nailah
tersedak. Dia berdehem beberapa kali.
“ Kenapa tanya
aku soalan macam tu ?”
“ Kau tak jawab
soalan aku lagi.”
“ Siapa-siapa
pun boleh suka kat Luthfi tu.”
“ Suka kita
orang lain. Suka kau lain.”
“ Amboi. Aku
dikelilingi oleh orang-orang yang boleh baca fikiran orang. Seram.”
“ So, betul lah
ni ?”
Soalan Fatiha
memerangkap Nailah. Nailah tidak dapat berdalih lagi.
“ Tak payah
jawablah Sya. Aku tahu. Cuma aku nak nasihatkan satu ni. Kau berpada-padalah
buat baik dengan orang. Takut kau terluka. Aku tahu, kau tak kisah pun dan aku
tahu kau mampu. Tapi hadkan kebaikan kau. Jangan sampai ada orang ambil
kesempatan dan jadikan kau sebagai batu loncatan untuk dapatkan sesuatu.”
“ Apa maksud
kau ? Aku tak faham.”
“ Fikirkan
tentang diri kau jugak. Semua orang berhak bahagia. Suatu hari nanti kau akan
faham apa maksud aku.”
Kata-kata
Fatiha membuatkan Nailah terfikir-fikir. Dia tidak dapat melelapkan matanya.
Beberapa hari ini tidur malamnya terganggu. Fatiha sudah masuk tidur. Begitu
juga teman-teman serumahnya yang lain.
“ Ishhhh.
Kenapa ni. Aku dah ada semuanya. Makan pakai cukup. Kewangan ? Setakat ni okay
lagi. Study ? Result aku maintain. Tesis ? Hampir
selesai.” Nailah bermonolog. Tiba-tiba dia teringatkan ibu dan bapanya. Nailah
langsung membuat panggilan ke Malaysia. Sekarang di Birmingham menunjukkan jam
11 malam dan di Malaysia pula pukul lapan pagi.
“
Assalammualaikum, mummy.”
“
Waalaikumsalam Fara. Lama dah Fara tak call. Pukul berapa kat sana ?”
“ Pukul 11
malam.”
“ Kenapa tak
tidur lagi ?”
“ Tak dapat
tidurlah mummy. Daddy ada buat apa ?”
“ Daddy
macam biasalah. Sibuk dengan pokok bunga dia di depan tu. Fara sihat ?”
“ Sihat. Kak
Azwa ada kat rumah tak ?
“ Khawlah Al
Azwar ? Busy memanjang. Sekejap di laut sekejap di darat. Mummy pun
risau dengan dia ni. Umur dah nak masuk 30. Silap-silap Fara yang kahwin dulu
nanti.”
“ Ish mummy
ni. Ke situ pulak.”
“ Bila Fara
balik Malaysia ? Mummy rindulah.”
“ Sabar ya Mummy.
Tak lama lagi ni. Mummy doakanlah Fara dapat habiskan cepat. Baitul
Rayyan macam mana ? Rindu Fara nak jumpa budak-budak tu.”
“ Jangan risau.
Mummy dan Daddy selalu memantau aktiviti di Baitul Rayyan. Tak lama
lagi, Baitul Rayyan ada produk baru tau. Mereka dah mula menjahit. Ada yang
berpotensi tau untuk jadi pereka fesyen. Mummy pun dah tak cari orang lain.
Kalau nak jahit baju, mummy pergi je Baitul Rayyan. Mana tau suatu hari nanti
dapat buat jenama fesyen sendiri.”
“ Excitednya
Fara dengar. Ni yang buat Fara tak sabar nak balik Malaysia.”
“ Fara belajar
elok-elok sana. Jaga diri. Kalau dah ada kawan istimewa tu, kahwinlah
cepat-cepat. Nak kahwin kat sana, kahwin kat sini, cakap je. Daddy tak ada
masalah.”
“ Kenapa mummy
ni dari tadi cakap pasal kahwin je.”
“ Fara, awak tu
dah umur 24. Mummy kalau boleh nak anak-anak mummy settledown
cepat-cepat. Awak tu perempuan tau. Azwa pun sama. Anak perempuan ni bukannya
senang nak jaga. Daddy dan mummy tak nak ada perkara yang tak diingini
berlaku.”
“ Insya Allah
mummy. Biarkan Fara habis belajar dulu ya. Kalau Fara tak jumpa, mummy dan
daddy carikan lah ya.”
“ Betul ni ?”
“ Ya. Mummy…
Nak cakap ni, esok Fara pergi London dengan kawan-kawan serumah. Ada jugak
kawan-kawan lain.”
“ Buat apa kat
London ?”
“ Ada event di
Malaysia Hall. Satu lagi, Fara nak renew passport. Susah nak balik Malaysia.
Penat. Lagipun tak lama lagi Fara nak bentangkan tesis.”
“ Baiklah kalau
macam tu. Jaga diri. Ingat pesan mummy. Assalammualaikum.”
“
Waalaikumsalam.”
Panggilan
selama dua puluh minit berakhir. Lega rasa hati Nailah kerana sudah mendengar
suara ibunya. Ibunya umpama sahabat dan penasihat. Nailah lebih akrab dengan
ibunya berbanding kakaknya Khawlah Al Azwar yang lebih berciri maskulin. Azwa
merupakan orang kepercayaan bapa mereka namun tidaklah bermakna Nailah tidak
boleh dipercayai.
Perjalanan dari
Birmingham ke London pasti memenatkan. Jadi sesukar mana untuk menutup mata,
akhirnya perlahan-lahan Nailah terlelap.
Birmingham
Coach Station
Hari ini
Nailah, Fatiha, Afiqah dan Jannah kelihatan anggun. Mereka semua telah berpakat
untuk memakai baju kurung hari ini walaupun dengan cuaca bersuhu sembilan
darjah Celsius. Kot musim sejuk dijadikan luaran. Lima minit kemudian, Luthfi
dan teman-temannya termasuk pelajar junior tiba. Lebih mengujakan, mereka juga
mengenakan pakaian kebangsaan Malaysia. Ada yang memakai kurta dan tampil segak
berbaju melayu.
“ Wah Jannah.
Sedondon kau dengan Hafiz ya.” Fatiha mengusik. Jannah malu-malu melihat Hafiz.
Jannah memakai baju kurung floral yang berwarna jingga dan Hafiz juga
mengenakan rona yang sama.
“ Cantiknya Jannah
hari ni.” Ujar Hafiz. Dia suka mengusik Jannah kerana Jannah pasti akan
membalas dengan wajah cemberut.
“ Kalau saya
cantik, ndak juga saya kasi susah sama kau.” Jannah membalas.
Semua memberi
perhatian kepada Luthfi. Luthfi memberi sedikit taklimat tentang program yang
bakal berlangsung di London nanti. Sementara itu, Nailah mengagihkan kit
makanan pagi yang sempat disediakan malam tadi bersama-sama teman serumahnya.
Afiqah juga membantu mengagihkan makanan.
“ Semua dah ada
kan ?”
Fatiha membantu
untuk mengira semua peserta yang akan berangkat bersama. Semuanya ada 13 orang.
“ Luthfi. Semua
dah cukup.” Ujar Fatiha. Dia benar-benar pasti.
“ Okay, macam
ni. Sekarang ada empat orang yang kena gerak asing. Hafiz, Jannah, Nailah.
Korang bertiga gerak dengan saya. Hakim, kau tolong incharge keadaan kat sana
dulu. Kita orang lambat 20 minit.”
“ Macam mana
boleh asing ?” Tanya Nailah yang hairan. Mujur kit makanan pagi yang diagihkan
ada lebih.
“ Sebab ada
pendaftaran last minutes. Ada junior nak ikut. So, kita tak
dapatlah suruh junior pergi berempat. Mereka belum biasa lagi.” Jawab Luthfi.
“ Hai Jannah,
saya duduk sama kau ya..” Hafiz mengusik lagi. Kali ini dia sengaja mengajuk
cara Jannah bercakap.
“ Sik mauk, sik
mauk. (Tak nak )” Giliran Jannah mengajuk Hafiz yang berasal daripada Kuching,
Sarawak.
“ Jangan nak
mengada. Hafiz, awak duduk dengan Luthfi. Saya duduk dengan Jannah.” Ujar
Nailah tegas. Jika Hafiz duduk dengan Jannah, jadi dia terpaksa duduk dengan
Luthfi. Oh, no way. Dua jam duduk dengan Luthfi, Nailah tidak tahu untuk
membuka topik apa.
Luthfi menuju
ke arah mereka selepas memastikan rombongan pertama berangkat. Mereka berempat
duduk sahaja sementara menunggu keretapi yang membawa mereka ke London tiba.
Sementara itu, Nailah sempat melihat pada telefon bimbit Luthfi. Mengapa ada
nama Mardhiah ?
“ Awak pass
tiket semalam dengan Mardhiah eh ?”
“ Ya. Kebetulan
saya nampak dia semalam. Dia jalan seorang. Jadi saya teman dia sampai ke
rumah. Hari pun dah lewat semalam, sebab tu saya tak panggil awak.”
“ Eh, tak apa.
Saya pun semalam sibuk. Ada kerja sikit. Awak pergi mana balik lewat ?”
“ Ada talaqqi
di rumah Sheikh Hameed. Isteri dia ada tanya awak semalam.”
“ Eh saya tak
tahu ada talaqqi. Lain kali kalau awak pergi, cakap tau. Mana tau saya boleh
bawa housemate dengan junior.”
“ Boleh. Minggu
depan hari Khamis rasanya ada.”
“ Oh.” Nailah
hanya mengangguk. Walaupun baru lima minit bercakap, Nailah sudah tiada idea.
Bukan kerana bosan, tetapi dia berasa segan dengan Luthfi.
“ Mardhiah tu,
saya tengok macam pelik sikit. Kenapa dia selalu bawa diri ? Sorry tanya,
korang tak okay ke ?”
“ Eh. Okay je.
Kenapa ?”
“ Tak ada
apa-apa. Cuma risau tengok student kita berkeliaran lagi-lagi dah lewat
malam. Kita ni di negara orang. Jauh dari keluarga. Apa-apa pun boleh terjadi.”
Nailah akui.
Kebaikan Luthfi sering disalah anggap. Sikap tanggungjawabnya membuatkan ramai
orang berasa senang. Bukan dia sahaja yang menaruh hati kepada Luthfi, tetapi
banyak lagi. Tetapi Luthfi tetap menjaga etika profesionalism dalam berurusan.
Itu yang membuatkan semua orang menghormatinya.
“ Jom lah kita
gerak. Train dah sampai.” Luthfi menyedarkan Nailah yang masih
termenung.
Kenapa Mardhiah
? Selama ini jika Luthfi bertanya tentang pelajar perempuan, Nailah tidak
mempunyai apa-apa perasaan buruk, namun kenapa saat Luthfi bertanyakan
Mardhiah, Nailah berasa kurang senang ? Adakah kerana peristiwa malam tadi ?
“ Jannah dan
Hafiz dah di coach sebelah. Awak tak kisahkan, kita berdua duduk sini ?”
Nailah seperti
orang terhinoptis. Fikirannya sesak sehingga dia hanya menurut sahaja. Lagipun
ini bukan pertama kali Nailah berpergian bersama Luthfi. Namun kali ini
klimatnya agak berbeza kerana sepanjang hampir tiga jam perjalanan, Nailah
duduk berdua dengan Luthfi.
“ Awak tak
sihat ke Nailah ? Saya ada bawa ubat.”
“ Pening sikit.
Sebab saya tidur lewat malam tadi.”
“ Awak kena
jaga kesihatan awak. Jangan overthinking. Saya ada untuk bantu awak.
Kita akan graduate sama-sama ya.”
“ Apa
perancangan awak bila kita dah graduate nanti ?” Ujar Nailah. Dia harus bijak
mengatur kata supaya tidak ketahuan perasaannya.
“ Saya tak puas
lagi belajar. Mungkin akan rehat sekejap. Balik Malaysia. Bina keluarga. Kalau
ada rezeki, saya akan sambung lagi dan bawa anak isteri pergi bersama.”
“ Wah. Dah ada
calon ke ?” Nailah mengambil kesempatan ini untuk mengetahui lebih lanjut.
“ Saya tak juga
mencari. Belum fikir pun sebenarnya. Cuma tu target saya. Tapi, kalau
tak sempat bina keluarga, saya tetap akan cari cara untuk dapatkan biasiswa
supaya dapat belajar lagi.”
“ Oh.”
“ Awak dari
tadi tanya saya. Awak macam mana ?”
“ Saya akan
fokus dengan Baitul Rayyan dan beberapa perniagaan keluarga saya. Saya
sebenarnya tak berminat untuk jadi orang korporat tapi disebabkan kakak saya doktor
yang bertugas di pelantar minyak, saya kena akur. Daddy dan mummy saya dah
tentukan semuanya.”
“ Baguslah.
Banyak pahala awak sebab membela orang yang kurang bernasib baik.”
“ Saya
berpegang dengan satu prinsip. Apa yang kita ada tak semuanya milik kita. Dalam
apa yang kita ada, ada milik dan rezeki orang lain. Alhamdulillah daddy dan
mummy saya setuju bila saya mengusulkan tentang Baitul Rayyan.”
“ Bagus. Awak
seorang yang berwawasan. Ada cita-cita yang jelas. Thumbs up.”
“ Cita-cita
saya ni tak seberapa pun. Saya masih perlukan sahabat-sahabat dan teman satu
visi dan misi supaya projek Baitul Rayyan saya berjaya. Kalau awak tak
keberatan, nanti bila balik KL, awak bolehlah join program-program yang
diadakan oleh Baitul Rayyan.”
“ Insya Allah.
Nampak macam menarik.”
“ Insya Allah
awak tu, saya akan tuntut nanti.”
Mereka
berseloroh. Sepanjang perjalanan itu, barulah Nailah melihat sisi lain pada
Luthfi. Benar kata orang, jika kita hendak mengenali peribadi seseorang,
bermusafirlah dengannya. Sempat Nailah memanjatkan doa dan harapannya dalam
musafirnya.
“ Ya Allah. Aku
sedang berhadapan dengan hambaMu yang telah memiliki seluruh hatiku. Jika
Luthfi benar untukku, Kau temukanlah kami dalam masa yang tepat. Berikanlah
peluang kami untuk berbakti kepada orang tua kami dahulu sebelum kami membina
kehidupan kami. Yang ku harapkan adalah redhaMu.”
Tulus doa
Nailah di dalam hatinya. Dia membuka matanya. Betul-betul Luthfi merenung tepat
pada wajahnya.
“ Awak doa apa
?”
Nailah terkejut
dan cepat-cepat dia sembunyikan riak wajah gementarnya.
“ Doa antara
saya dan Allah.”
“ Kalau macam
tu, saya pun nak berdoa jugaklah.”
“ Doa apa ?”
Soal Nailah
“ Doa antara
saya dan Allah.” Luthfi mengajuk kata-kata Nailah. Nailah hanya menggeleng.
Malas hendak membalas. Seronok. Jujur Nailah seronok. Dia akan kenang tiga jam
ini sebagai musafir terindah. Mungkin di lain waktu, dia tidak mungkin
berpeluang untuk berpergian bersama dengan Luthfi.
BAB DUA
Malaysia Hall,
London
Semua pelajar
Malaysia yang hadir bersilaturrahim sesama sendiri. Ada yang berbual dan
mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar kenangan. Nailah juga ramah
melayan kenalan-kenalan yang baru sahaja dia kenali. Meskipun tubuhnya berasa
lemah, Nailah tetap gagahkan dirinya.
“ Kau okay tak
? Muka pucat semacam.” Ujar Afiqah. Sempat tangannya dilandaskan di dahi
Nailah.
Fatiha juga
perasankan wajah Nailah yang pucat lesi. Kedua-dua tangan Nailah dipegang erat.
Sejuk.
“ Kalau kau tak
okay, kau rehat dulu, nanti aku tempah bilik kat sini.” Fatiha mendekati
Nailah. Bahu Nailah dipicit.
“ Eh, aku okay.
Pening sikit je. Jom, kita borak-borak dengan yang lain. Bukan selalu ada
program macam ni.”
Nailah masih
berusaha menafikannya. Dalam lima langkah ke hadapan, pandangan Nailah kabur.
Tangannya bertahan pada tiang sementara tangannya menggenggam kuat kainnya.
Sakitnya bukan kepalang.
“ Jannah…
Jannahh…” Suara Nailah sayup-sayup kedengaran dalam keramaian. Nailah tidak
dapat bertahan lagi. Pandangannya kabur akhirnya menjadi gelap gelita.
“ Sya…. Sya….
Bangun Sya…” Jannah terperasankan Nailah yang rebah. Dia berasa cemas dan
memanggil sahabat-sahabat yang datang bersama. Jelas kebimbangan pada wajah
Luthfi sehingga dia meninggalkan perbualannya dan melihat Nailah.
“ Kenapa dengan
Nailah ni ?”
“ Tak tahu lah
Luthfi. Tapi dia memang ndak sihat. Kau sendiri nampak dia tadi kan
pucat ?” Jannah membetulkan tudung dan pakaian Nailah yang terselak supaya
auratnya terpelihara seperti yang pernah dilakukan oleh Nailah sewaktu salah
seorang pelajar junior pengsan dan dikejarkan ke hospital pada bulan lepas.
Mardhiah
berlari ke arah Nailah yang dikerumuni ramai orang. Air mineral yang berada di
tangannya dituangkan sedikit pada kain perca yang sering dibawanya ke
mana-mana. Kain perca basah itu disapukan ke wajah Nailah.
“ Mar rasa kita
bawa Sya ke bilik dulu. Mungkin dia perlu rehat. Fatiha, kau pegang bahagian
kaki, Jannah kau jaga kepala. Fiqah, kau support bahagian belakang dia.
Okay. Minta tolong semua bagi laluan.”
“ Jannah, kau
jangan nangis, Jannah.”
“ Sya tak
pernah sakit sebelum ni. Aku risau sangat.”
“ Jangan risau.
InsyaAllah Sya okay.” Fatiha menenangkan keadaan. Jannah sememangnya mudah
emosi.
“ Okay, macam
ni, kalau Nailah masih tak sedar, kita bawa Nailah pergi check-up.”
Luthfi mencadangkan. Sepatutnya, setelah ini, dia dan Nailah bertemu dengan
pegawai kedutaan untuk membincangkan tentang kebajikan pelajar-pelajar Malaysia
di Birmingham.
“ Nanti ada
apa-apa aku roger la.” Afiqah menambah. Dengan berbekalkan tenaga mereka
berempat, Nailah akhirnya berjaya dibawa ke biliknya. Anggota badannya
direhatkan. Jannah dan Fatiha telah sukarela menawarkan diri untuk menemani
Nailah sementara Afiqah dan Mardhiah pula mengawal keadaan di bawah. Mereka
harus menggantikan Nailah sebagai perwakilan pelajar daripada Birmingham.
Jannah sudah
mulai mengantuk dan terlelap sebentar. Tiba-tiba, telefonnya berdering
sebentar. Ada satu mesej diterima.
PRES LUTHFI :
Nanti kalau Nailah dah sedar, inform saya. Bagi dia minum minuman panas.
JANNAH : Ya.
Will do. Tapi hari ni aku harus pulang ke Birm. Ada banyak tugas.
Boleh mintak tolong kau ?
PRES LUTHFI :
Apa dia ?
JANNAH : Kau
boleh teman Sya balik tak nanti sebab kami semua masih ada exam esok petang.
Mustahil untuk Sya balik terus hari ni.
PRES LUTHFI :
Apa-apa nanti saya inform lagi.
Jannah yang
sempat mengulangkaji menutup bukunya. Dia bersandar dan melunjurkan kakinya di
atas kerusi malas.
“ Siapa Jannah
?”
“ Luthfi. Aku
minta tolong untuk dia teman Sya. Kita kan kena balik hari ni.”
“ Betul jugak
tu. Tapi tu lah aku nampak Mardhiah… erm tak apalah.” Fatiha tidak menghabiskan
ayatnya. Malas dia hendak mengulas panjang. Fatiha tidak tahu kenapa dia harus
bersikap prejudis terhadap Mardhiah.
“ Bukan kau aja
yang perasan. Aku jugak. Dari dulu. Astargfirullahalazim. Ndak dapat aku pendam
nih.”
“ Kenapa Jannah
?”
“ Aku ndak
tau apa niat Mardhiah. Kau perasan ndak yang dia tu attention seeker
? Aku nampak dia macam sengaja nak tarik perhatian Luthfi. Dan Hafiz pun ada
tanya aku benda yang sama.”
“ Hafiz cakap
apa?”
“ Mardhiah yang
ajak Luthfi keluar. Tapi mereka ndak berdua. Hafiz ada teman dan kau
tau, yang Mardhiah pakai nama Sya.
“ Maksud kau ?”
“ Mar cakap yang
Sya yang ajak jumpa dan bila malam tu Hafiz dan Luthfi hairan yang Sya ndak ada
sekali.”
“ Maksudnya
Mardhiah cuba tackle Luthfi. What ? Dia macam terdesak je.
Betullah sangkaan aku selama ni ?”
“ Kau pulak
macam mana Fatiha ?”
“ Ya. Aku tak
adalah cerita hot macam kau. Tapi dia selalu tuang kelas lah. Aku bukannya apa.
Aku tak berkenan tau cara dia escape kelas macam tu. Alih-alih aku yang selalu
kena tanya oleh lecturer. Mana dia pergi ? Kenapa tak submit kerja ? Takkan aku
jawab ‘I don’t even care about her.’ Sure rosaklah imej pelajar Malaysia
kat sini.”
“ Tapi kau rasa
Luthfi tu layan ke si Mar tu ?”
“ Lelaki,
Jannah… Tak dapat dijangka.”
“ Aku haraplah
Sya dan Luthfi nanti bersatu. Aku kesian tengok Sya. After all she did all this
while, she deserves to be happy.” Jannah mengenangkan nasib sahabatnya.
MARDHIAH masih berjalan disekeliling
kawasan Bayswater. Rencananya, dia ingin bersiar-siar ke Hyde Park. Seperti
biasa, seorang diri. Air matanya diseka. Ternyata dia buntu bagaimana untuk
meneruskan kehidupannya. Tangannya memegang perutnya. Lama-kelamaan akan
kelihatan jelas dan terjawablah semua perilaku anehnya sejak akhir-akhir
ini.
Baru tadi dia
selesai menghubungi ibunya yang memintanya untuk pulang ke Malaysia. Namun,
jika dia pulang nahaslah dia dikerjakan nanti. Jika dia kekal di sini,
aib-aibnya akan terbuka. Di sebalik perwatakan muslimahnya, pasti semua orang
mengecamnya jika kehamilannya diketahui suatu hari nanti.
“ Apa aku kena
buat ni. Leo tak jawab pun dari tadi.”
“ The number
you have dialed is not in service. Please try later.”
Hampa. Mardhiah
benar-benar hampa. Sekarang ini misinya adalah untuk mencari seseorang yang
boleh dia jadikan pak sanggup. Pak Sanggup ? Kejamkah dia ? Tetapi adakah cara
lain untuk dia menyembunyikan kandungannya ?
“ Sorry
Sya. Hanya Luthfi orang yang sesuai.” Mardhiah berperang dengan dirinya
sendiri.
Hanya Luthfi
sahaja yang dia boleh sandarkan untuk kepentingan dirinya. Di samping itu,
Luthfi juga seorang lelaki yang bercirikan ‘husband material.’ Luthfi
mampu dari segi rohani dan jasmani. Tambahan pula, sejak dia memulakan projek
untuk mengumpan Luthfi, hatinya sendiri juga mulai terpaut dengan keindahan
akhlak Luthfi. Walaupun ada rasa serba salah, tetapi Mardhiah tidak punya cara
lain. Untuk menggugurkan kandungannya, mustahil kerana sebelum ini dia sudah
melakukannya dua kali. Jika dia menggugurkan kandungannya buat kali ketiga,
pasti ianya akan berisiko kepada nyawanya.
“ Nak kemana ?”
Mardhiah disapa
oleh seorang pelajar kejuruteraan kimia yang menuntut di University of
Southampton. Dia berjalan dengan beberapa orang rakannya.
“ Why ? Do
you know me ?”
“ Tak payahlah
nak berbahasa orang putih. Kita kalau dah jumpa sesama Malaysia, tak salah pun
nak bertegur sapa. Saya Uzair. Abdullah Uzair.” Tinggi dan tampan persis artis
korea menyerlahkan lagi pesona Abdullah Uzair.
Mardhiah
membiarkan sahaja huluran perkenalan itu tidak bersambut. Fikirannya
berserabut, boleh pula lelaki ini muncul di hadapannya.
“ Kau ni pun
satu Uzair. Orang yang depan kita ni ostajah.” Salah seorang mengusik.
Mardhiah berasa
tidak nyaman. Jika dilihat dari penampilannya pasti dia akan digelar ustazah
kerana mengenakan jubah dan tudung labuh berukuran 60 inci. Sedangkan sikap
sebenarnya, siapa yang tahu ? Hanya menunggu masa sahaja untuk terdedah segala
aib dan dosanya.
“ Saya tahu
nama saudari Mardhiah. Kenapa jalan seorang ni ?”
“ Awak kenapa
nak tanya-tanya ni ? Mana awak tahu nama saya ?”
“ Tu kat beg
awak ada keychain. Oh, awak duduk Birm.”
Mardhiah
memberikan pandangan tajam kepada Abdullah Uzair sebelum melangkah pergi.
Lelaki semua sama sahaja. Beberapa kali dia mencuba untuk menghubungi Leo
seorang lelaki yang berbangsa Sepanyol-Filipina. Namun panggilannya itu tidak
terjawab.
Mardhiah
mencuba sekali lagi.
“ What do you
want from me ?”
Suara Leo
kedengaran. Sungguh berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu pertama kali
mereka bersapa.
“ Leo, where
are you ? How could you ?”
Leo hanya
menjawab dengan ketawa sinisnya.
“ Here in
Birmingham. Why ?”
“ You have to
marry me.”
“ Are you nuts
? Impossible.”
“ I’m pregnant.
I’m pregnant Leo.”
“ Oh ya ? Just
do the same thing as usual. How much did you need ?”
“ Leo. I can’t
do that.”
“ So ? Just
die. Go die. I don’t even care.”
“ Leo. I love
you..”
“ Ya. I love
you too but I just don’t want live with commitment. Marriage things ? You know
it sound cheezy for me.”
“ Leo…”
“ Okay, in
minutes, I’ll transfer you an amount of money. And, please get rid of yourself
from my sight.”
“ Leo… Leo…”
Perbualan
mereka terhenti di situ. Sementara di belakang Mardhiah, Abdullah Uzair setia
menunggu. Jarak mereka kira-kira lima meter. Mardhiah terkejut dan hanya
berlagak biasa. Adakah Abdullah Uzair mendengar perbualannya ?
“ Awak nak apa
lagi ?”
“ Saya tahu
awak ada masalah keluarga. Saya tak paksa untuk awak cerita masalah awak, tapi
saya sudi mendengar sekiranya awak nak cerita.”
Mardhiah sudah
tiada kekuatan. Mardhiah mengikut sahaja ke mana Uzair pergi.
“ Awak ambil
course apa ?”
“ Psychology.”
“ So awak boleh
baca fikiran sayalah ni ?”
Mardhiah hanya
tersenyum dan akhirnya tawanya meletus berbaur tangisan.
“ Pandai pun
ketawa. Awak nampak comel bila ketawa.” Ikhlas Uzair mengucapkannya.
Ucapan itu
mematikan senyuman Mardhiah. Dia tahu niat Uzair itu baik untuk
menggembirakannya. Tetapi dia harus kembali ke realiti kehidupannya. Gembira
untuk beberapa minit tidak mampu menyelesaikan semua masalahnya.
“ Kenapa ?”
“ I kena balik
sekarang. Kawan-kawan I dah tunggu. Thanks for your treat.” Tanpa banyak kata,
Mardhiah melangkah laju meninggalkan Uzair. Kaca matanya dibetulkan. Tangan
kanannya diletakkan di dadanya. Betapa debaran yang dirasakan agak berlainan.
Adakah Uzair mulai terpaut kepada Mardhiah ?
NAILAH menggerakkan sedikit
badannya. Pandangannya kabur. Kepalanya pening dan dia berasa seperti hendak
muntah. Nailah berusaha untuk menyandarkan badannya pada katil. Tiada siapa
bersamanya di dalam bilik ini namun pada telefon bimbitnya ada dilekatkan
sekeping nota lekat daripada Jannah.
“ Get well soon
babe. Sorry kita orang kena gerak dulu. Esok exam. Give me a call as you reach
this note.”
Nailah berasa
tidak selesa. Dia segera ke tandas untuk membersihkan dirinya. Ini kerana dia
tahu bahawa aliran haidnya deras dan tidak normal seperti selalu. Hal ini
sering berlaku namun ianya membimbangkan Nailah. Dia sudah melakukan
pemeriksaan dan tahu bahawa dia mempunyai ketumbuhan cysts di ovarinya.
Air mata Nailah
mengalir perlahan. Sakit. Itu pasti tetapi kerana hal inilah kesihatannya kerap
terganggu. Hal ini telah dia sembunyikan daripada pengetahuan ahli keluarganya
dan sahabatnya. Nailah tidak mahu mereka risau. Tak pasal-pasal dia kena
kembali ke Malaysia.
Tidak lama
kemudian Nailah menghubungi Jannah. Kebetulan Nailah memang harus lama di
London kerana ingin menguruskan pasportnya yang akan tamat tempoh.
“ Kau okay tak
Sya ?”
“
Alhamdulillah. Much better.”
“ Sorry
sebab tinggalkan kau.”
“ Tak apa. Aku
okay lagipun aku kena pergi embassy esok.”
“ Baguslah tu.
Luthfi pun masih kat London. Dia memang plan nak tunggu kau untuk urusan tu.”
“ Oh ye ke ?
Aku ingatkan dia dah balik sekali dengan korang.”
“ Luthfi takkan
tinggalkan anak buah dia sendiri. Pergi sekali balik sekali.”
“ Ya baiklah.
Terima kasih tau dan sorry susahkan korang.”
“ Tak ada
masalah. Okay, aku letak dulu dan kau jangan lupa contact Luthfi. Risau pulak
dia nanti.”
“ Okay.”
NAILAH berjalan perlahan menuju ke arah bilik air untuk membersihkan
dirinya. Dia harus kuat. Selang 20 minit, Nailah mencapai beg galasnya dan
mengeluarkan beg kecil yang mengandungi ubat-ubat yang menjadi makanan rutin Nailah.
Ubat yang berwarna warni itu direnung lama. Nailah bosan. Sampai bila hidupnya
harus bertahan dengan ubat tersebut.
“ Your cysts
are seems bigger than before. I advised you to undergo an operation to remove
your cysts.”
“ How much is
the cost doctor ?”
“ As you are a
foreigner, it approximately around 5000 to 6500 pound. Make sure your guardian
know about this. If you delay the operation it might distract your health
condition.”
“ Okay, thanks
for your advise. I’ll let you know whenever I am ready.”
Nailah memegang
perutnya. Hal ini sudah dia ketahui sejak tahun pertama menuntut di Birmingham.
Nailah tidak pernah memaklumkan hal ini kepada keluarga dan sahabatnya. Baginya
hal ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Namun kali ini, apa tindakan
Nailah ? Mampukah dia bertahan ?
“ Stay positive
Sya. Nanti balik Malaysia, mulakan rawatan.” Ujar Nailah bermonolog.
Sekali lagi
telefon bimbit Nailah bergetar. Nailah melihat skrin telefonnya. Panggilan
daripada Luthfi. Pasti ingin bertanya khabarnya. Begitulah seorang ketua yang
bertanggungjawab.
“
Assalammualaikum Nailah.”
“
Waalaikumsalam.” Jawab Nailah dengan suara yang serak. Beberapa kali Nailah
berdehem. Kerongkongnya berasa tidak nyaman.
“ Nailah dah
sihat ? Nak saya bawa pergi klinik ?”
“ Alhamdulillah.
Tak payah pergi klinik.”
“ Nailah dah
makan ?”
“ Belum.”
“ Okay, kalau
macam tu, saya solat Jama’ Maghrib dan Asar dulu. Lepas tu kita keluar ya. Tapi
sebelum tu kita makan dulu di kantin”
Nailah menurut.
Dia mengenakan blaus maksi dan seluar denim yang berpotongan A. Kemudian Nailah
mencapai hoodie-cardigan yang agak labuh dan menyarungkannya ditubuhnya.
Pashmina bermotifkan corak floral disarung kemas dikepalanya. Nailah tampil
berbeza malam ini. Selalunya Nailah akan memakai tudung bawal ataupun selendang
chiffon. Oleh kerana sedang bermusafir Nailah gemar untuk mengenakan pakaian
yang tidak perlu diseterika.
“ Awak makan tu
je ?” Luthfi hairan melihat pinggan Nailah hanya berisi satu per empat porsi
lauk pauk tanpa nasi. Sedangkan orang Malaysia datang ke Malaysia Hall untuk
melepaskan rindu terhadap masakan tanah air.
“ Ya.” Nailah
duduk berhadapan dengan Luthfi.
“ Kenyang ke ?
Tak apa. Depan saya awak tak payah control makan.” Luthfi mahu Nailah berasa
selesa dan tidak kekok.
“ Tak lah. Saya
memang tak makan banyak kalau saya….”
Itulah
kebiasaan Nailah. Jika dia masih di dalam haid, Nailah akan mengurangkan porsi
makannya dan tidak mengambil makanan pedas yang akan membuatkan perutnya berasa
sneak dan berlawan dengan rasa senggugutnya yang teruk.
“ Ya. Okay saya
faham.”
Luthfi
meneruskan kunyahannya. Suapan demi suapan akhirnya Luthfi menghabiskan makanan
di pinggannya. Nailah pula sambil itu fokus membalas mesej yang belum berbalas
baik dari keluarga, sahabat dan pengurusan Baitul Rayyan.
“ Busy nya Cik
Nailah kita ni.” Sengaja Luthfi mengusik.
“ Taklah busy
sangat. Biasalah ni.”
“ Jangan lupa
jaga kesihatan tu Nailah,keperluan tubuh badan tetap jadi keutamaan. Macam mana
kita nak jaga orang lain kalau diri sendiri tak terjaga.”
“ Awak ni suka
membebel kan ? Macam Daddy saya.” Jujur, Luthfi memang ada persamaan dengan
bapa Nailah. Dato’ Zainal Abidin seorang ahli korporat tetapi sangat rendah
diri.
“ Baguslah saya
macam daddy awak. Mana tahu di masa akan datang saya jadi Dato’ Luthfi pulak.”
“ Baiklah Dato’
Luthfi.”
Berseloroh
mereka berdua. Mujur tidak ramai yang berada di kantin waktu ini. Setelah
selesai membuat pembayaran, Luthfi dan Nailah berjalan beriringan dan berdiri
di hadapan Malaysia Hall melihat suasana malam di Bayswater.
“ Awak nak
balik bilik ataupun kita jalan-jalan kawasan sini dulu ? Saya sebenarnya bosan
duduk di bilik. Saya memang plan nak jalan-jalan sini. Tapi kalau awak tak nak,
saya boleh jalan seorang.”
“ Boleh je.
Tapi saya nak ambil sarung tangan kat atas. Cuaca sejuk sangat. Tangan saya
cramp.”
“ By the way,
awak ada selendang tebal atau kain yang macam mafela tak ? Saya lupa bawak.”
“ Ada. Saya
bawa extra. Saya ambil dulu ya.”
“ Okay.”
Luthfi tekun
menunggu. Kadang-kadang dia melihat telefon bimbitnya. Hari ini Luthfi berasa
benar-benar segar dan lebih tenang. Kehidupannya hari ini tidak terlalu
bergantung dengan telefon bimbit. Dia juga gembira kerana telah menyelesaikan
ujian akhir tahun dan pembentangan kertas projek akhirnya dengan jayanya.
Sekarang ini, Luthfi hanya fokus untuk menulis tesis akhirnya.
“ Dah.”
“ Okay let’s
go.”
“ Nak pergi
mana ?”
“ Jom naik
bas.” Luthfi menunjukkan bas dua tingkat yang disediakan sebagai kemudahan
pelancong untuk bersiar-siar. Luthfi dan Nailah duduk di tingkat dua iaitu
ruang terbuka. Cuaca bertambah sejuk. Mereka benar-benar menikmati suasana
malam di kota London.
“ Kenapa awak
pilih Birmingham instead of London ? ” Tiba-tiba Luthfi bertanyakan soalan
tersebut. Malam ini Luthfi dan Nailah bukanlah bersama sebagai teman satu
negara. Tetapi sebagai sahabat yang bebas berkongsi segalanya. Namun mereka
berdua masih menghormati antara satu sama lain dan menjaga batas.
“ Actually saya
nak pergi Sheffield. Sebab Sheffield jauh dari kesibukan bandar. Birmingham
adalah pilihan kedua saya.”
“ Tak menyesal
pergi Birmingham ?”
“ Tak. Sebab
ada kehidupan yang bagus. Ada kawan-kawan yang baik. Coursemate yang
baik.” Ujar Nailah sambil melihat Luthfi.
“ Aah. Kita
berdua je ambil History kat sini kan ?”
“ Awak baru
perasan ke ?”
“ Tak adalah.
Lama dah. Dari semester satu kita sama kelas.”
“ Mesti awak
bosan tengok muka saya.”
“ Kenapa pulak
nak bosan ? In fact, saya selesa. Sometimes saya cari-cari jugak
kalau awak tak ada.”
“ Ya lah tu.”
Luthfi dan
Nailah menikmati angin malam Kota London. Entah mengapa Nailah berasa lebih
sihat. Dia sejujurnya tidak pernah terfikir akan melalui saat begini bersama
Luthfi. Tanpa ada orang lain bersama mereka. Hanya mereka berdua.
“ Saya dah lama
tak bersiar-bersiar macam ni. Selalunya saya akan jalan-jalan dengan mama
saya.”
“ Anak mak lah
ni ?”
“ Mestilah.
Selepas arwah papa saya meninggal, saya jadi clingy sangat dengan mama saya.
Kakak saya kan dah kahwin.”
“ Habis tu awak
pergi England ni mama awak sorang-soranglah di rumah ?”
“ Sekarang tak.
Mama dah kahwin baru. Dengan kawan arwah papa saya yang duda jugak. Jadi saya
pun tak risau sebab ada orang jaga Mama. Mama pun nampak happy jugak. Saya
sebagai anak pun gembira sebab Mama saya dah ada orang yang jaga.”
Mereka banyak
bertukar cerita sehingga tak sedar hari semakin lewat. Namun cahaya di Kota
London tak pernah mati. Mereka turun di London Bridge mengikut pelancong yang
lain. Masing-masing kagum dengan keindahan Menara Big Ben di hadapan London
Bridge.
“ Awak tahu tak
sejarah di sebalik lagu London Bridge ?”
“ London Bridge
is falling down ?” Luthfi menyanyikan sedikit. Comel pada pandangan Nailah.
“ Sebenarnya,
ada kisah seram di sebalik lagu tu.”
“ Ya lah tu.”
“ Betul
Luthfi.” Nailah meyakinkan Luthfi.
Nailah memulakan penceritaannya sambil mereka berdua bersiar-siar.
“ Dulukan,
London Bridge yang kita nampak gah depan mata ni, cuma dibina daripada kayu dan
tanah liat. Pengubahsuaian dilalukukan selepas serangan Viking di mana, London
Bridge ni musnah disebabkan kebakaran dan bencana.”
“ Then, apa
yang seramnya ?”
“ Sabarlah,
orang belum habis cerita lagi dia dah potong. Tak best lah macam ni.” Terkeluar
perangai manja Nailah. Mujur Nailah dapat mengawalnya. Segan kerana berkelakuan
seperti itu. Namun, Luthfi sepertinya tidak kisah. Malah dia semakin menyenangi
Nailah.
“ Okay..
Janganlah marah. Sambung cerita.” Pujuk Luthfi.
“ Ha, awak tahu
tak, ada kepercayaan dahulu, di mana ada ritual khas yang diadakan untuk
mengurung kanak-kanak di dalam dinding sebagai imbalan yang akan menjamin
kestabilan struktur bangunan. Kejamkan ?”
“ Apa yang
seram ?” Tawa Luthfi meletus.
“ Ish. Tak
apalah. Kalau tak seram buat-buat je seram. Anggap je awak faham apa yang saya
ceritakan ni.”
“ Tak adalah.
Saya faham. Ritual tu tak silap saya, adalah upacara ‘reimmurement’.
Mangsa akan dikurung dan mati perlahan-lahan. Bukan hanya London Bridge, tetapi
seluruh bangunan lama di London ini juga berunsurkan cerita yang sama. Manusia
sanggup lakukan apa sahaja untuk meraih keuntungan walaupun terpaksa menganiaya
manusia lain.”
Nailah mengangguk
tanda setuju. Kata-kata Luthfi itu memang ada benarnya. Mereka meneruskan
perjalanan mereka. Kali ini Luthfi meminta bantuan Nailah untuk merakamkan
gambarnya di hadapan Menara Big Ben.
“ Awak tak nak
bergambar ?”
“ Saya dah ada
gambar di depan ni.”
“ Tu gambar
waktu lain. Ni biar saya yang rakamkan gambar awak.”
“ Tak payahlah
Luthfi.” Nailah segan.
“ Eh, no
excuse. Berdiri depan tu.”
Nailah tiada
pilihan lain. Dia menurut sahaja. Tidak seperti biasa, kali ini Nailah kaku.
“ Why are
you so stiff ?” Tanya Luthfi. Sebagai seorang yang sudah biasa dalam bidang
fotografi potret.
“ Nak buat gaya
apa ?”
“ Okay dah.”
“ Saya tak
sempat pose lagi.”
“ Saya candid
je.”
“ Tak aci.”
“ Dah tu, tadi
saya suruh posing awak tak pose.”
“ Apa-apalah
Luthfi.”
Luthfi kemudian
seperti melilau mencari seseorang. Nailah yang hairan lantas bertanya kepada
Luthfi.
“ Awak cari
siapa ?”
“ Cari orang
untuk rakamkan gambar kita. Awak tunggu sini tau.”
Nailah hanya
menunggu. Tidak lama kemudian Luthfi datang bersama dua orang pelancong
daripada Malaysia yang berusia lebih muda daripada mereka.
“ Dik, tolong
ambil gambar kami berdua.” Luthfi menjelaskan dengan pelancong tersebut
menggunakan terma-terma bahasa dalam fotografi. Pelancong tersebut mengangguk
tanda faham.
“ Satu, dua,
tiga.”
Dengan
menjarakkan diri kira-kira setengah depa tangan Luthfi, Nailah memberikan
senyuman yang paling manis. Senyuman yang jarang dia paparkan. Entah mengapa
Nailah berasa yang dia akan mengabadikan detik ini sebagai kenangan terindah ?
“ Kak, rapat sikit
dengan husband akak.” Arah pelancong tersebut.
Nailah
memandang Luthfi. Pelancong tersebut
tersalah sangka. Namun, Luthfi yang mendekatkan sedikit jarak mereka
berdua.
“ Okay.
Cantik.”
“ Terima kasih
dik.”
“ Newly-wed
ke ?” Ujar ibu kepada pelancong tersebut yang baru menyertai mereka.
“ Tak. Kami
students dari Birmingham.” Beria-ia Nailah menjelaskannya.
“ Ingatkan newly-weds.
Serasi sangat. Muka pun ada iras. Sebab tu aunty ingat korang baru berkahwin. Sorry.”
“ Tak apa
aunty. Memang selalu orang ingat macam tu.” Luthfi menambah. Kemudian
memberikan senyuman nakal kepada Nailah. Bergurau, tak kena tempat. Nailah
geram dan menjengilkan matanya.
“ Eh, kalau tak
silap akak ni Farafisyah kan ? Nailah Al Farafisyah.”
“ Adam kenal ke
?” soal wanita yang kelihatan muda lima tahun daripada ibunya.
“ Apa tak kenal
? Ni lah senior Adam yang pernah dapat Anugerah Tokoh Belia Malaysia.”
“ Bukan ke tu
anak Dato’ Zainal Abidin ? Tapi yang kelmarin tak pakai hijab kan ?”
Nailah
mengangguk hormat. Semua orang mengetahuinya. Luthfi juga mengetahuinya. Cuma
Nailah kesal. Gambar-gambar lamanya di internet tidak dapat dihapuskan. Masih
lagi tersebar.
“ Awak ni
memang cantik. Bijak dan solehah. Untung mummy dan daddy awak. Mesti mereka
bangga ada anak yang sempurna seperti awak.”
“ Tak ada lah
aunty. Saya biasa-biasa je.”
“ Kakak awak
doktor kan yang kerja di pelantar minyak?”
“ Ya.
Azwa. Khawlah Al-Azwar.”
“ Mesti dia
betul-betul struggle untuk move on. Aunty dan ayah Adam masa tu
di Bangkok. Terkejut juga bila Tan Sri Khalid sekeluarga terlibat dalam
kemalangan. Dan anak sulungnya, Rafael tak dapat diselamatkan.”
“ Ya. Dia
betul-betul tak dapat lupakan arwah abang Rafael. Lagi dua minggu nak menikah.”
Luthfi hanya
mendengar sahaja perbualan mereka. Tidak pernah Nailah bercerita perihal
kakaknya kepadanya. Sungguh tragis.
Rafael dan
seluruh keluarganya telah ditimpa kemalangan sewaktu mereka berada di Tanah
Suci Mekah. Sewaktu dalam perjalanan ke Madinah, kereta yang dipandu oleh
seorang mutsawif telah berlanggar dengan sebuah kereta MPV. Tan Sri Khalid dan
Puan Sri Faridah dan juga Rania sempat diselamatkan. Namun, Rafael telah
menghembuskan nafas terakhirnya dalam perjalanan ke hospital.
Perkara ini
telah mendapat liputan media. Kerajaan Arab Saudi telah memberi pampasan kepada
keluarga mereka dan semua wang pampasan tersebut telah diserahkan kepada
Khawlah Al Azwar. Jenazah Rafael telah disempurnakan di Mekah. Nailah
sekeluarga sempat melawat keluarga Tan Sri Khalid di hospital sekaligus
mengerjakan ibadah umrah.
Setiap tahun
Khawlah Al Azwar akan memperuntukkan cuti tahunannya untuk ke Tanah Suci dan
melawat pusara arwah tunangnya, Rafael. Sesekali air mata Nailah menitis
mengenangkan kakaknya yang sentiasa bersembunyi di sebalik senyuman. Azwa
sentiasa berpura-pura bahagia di hadapan masyarakat. Hakikatnya, Azwar akan
bangun malam dan menangis di dalam tahajudnya. Siapa sahaja yang meminta untuk
diuji sebegitu ?
“ I am glad to
meet you. Terima kasih sebab sudi coffee-ing dengan kami.” Ujar Tengku Zahirah.
Salah seorang jutawan diraja tetapi kehidupannya jarang mendapat liputan media.
Tambahan pula, Tengku Zahirah seorang yang sangat merendah diri. Begitu juga
dengan suaminya iaitu seorang taikun bisnes yang berbangsa Cina tetapi sudah
memeluk Islam. Makanya wajah Adam dan adik kembarnya Arissa mempunyai campuran
Cina dan Melayu.
“ Kalau aunty
datang London lain kali, jangan lupa singgah Birmingham. Nanti call je Fara.”
Nailah sepertinya sudah biasa dengan Tengku Zahirah. Selain itu Tengku Zahirah
juga memberi tahu yang beliau baru sahaja pulang daripada Southampton tiga hari
lepas selepas melawat anak tirinya iaitu anak lama suaminya bersama mendiang
isterinya.
“ Insya Allah.”
Mereka sempat
bersalaman dan berpelukan. Suami Tengku Zahirah yang senang dipanggil dengan
gelaran uncle Kew menghulurkan beberapa helai wang kertas kepada Luthfi walaupun
dia sudah puas menolaknya.
“ Rezeki jangan
ditolak. Uncle tahu kamu student banyak pakai duit.”
Murah sungguh
hati keluarga ini. Baru sahaja
berkenalan dua jam tetapi Luthfi dan Nailah sudah dilayan seperti keluarga
sendiri.
“ Terima kasih
uncle. Terima kasih aunty.”
Luthfi dan
Nailah berlalu dan mereka berdua berbalas senyuman.
“ Tak sangka
kan ? Murah rezeki kita jalan-jalan di London hari ni.”
“ Rezeki awak.
Uncle Kew bagi duit tu kat awak. Awak kan selalu juga tolong orang. Sebab tu
Allah gerakkan hati Uncle Kew untuk beri duit dengan awak.” Nailah jujur.
“ Eh, ni duit
kita dua lah. Banyak jugak dia bagi.”
“ Berapa ?”
“ 300 pound.”
“ Banyaknya.”
“ Awaklah
simpan kan ya ?” Pinta Luthfi kepada Nailah. Dia menyerahkan enam keping wang
kertas 50 pound kepada Nailah.
Nailah menyusun
wang tersebut elok-elok di dalam sebuah dompet yang lain. Dompet peribadinya
hanya terdapat wang belanjanya. Dompet yang lain itu adalah wang yang telah diasingkan
untuk perbelanjaan rumah dan juga simpanan yang tidak boleh diusik.
“ Saya baru
tahu tentang kisah kakak awak. Sedih. Kesian dia.”
“ Saya tak
sampai hati tengok Kak Azwa macam tu. Dua tahun dah berlalu. Kak Azwa masih
setia. Dia tak boleh nak terima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Yang paling
sedih dan buat saya meruntun menangis bila Kak Azwa selalu ulang yang Abang
Rafael tengah tunggu dia di syurga.”
Nailah
menghentikan kata-katanya. Air matanya dikesat.
“ Sorry. Saya
tak dapat kawal diri saya.”
“ Nevermind. It
takes time to heal.”
“ Tapi
alhamdulillah. Dia tak pernah putus asa sampai tak solat. Dia tak pernah lupa
Allah. Memang awal-awal tu dia tak ada selera makan. Kurung diri dalam bilik.
Tapi, kak Azwa tak pernah lupa kewajiban dia sebagai anak. Masa mula-mula Kak
Azwa minta izin nak kerja di laut, daddy terpaksa redha dan tawakal dengan
keputusan Kak Azwa. Mungkin dengan menyibukkan diri, Kak Azwa akan lebih tenang
dan dapat melupakan segalanya.”
Luthfi masih
meminjamkan telinganya untuk mendengarkan luahan Nailah. Hari ini dia
menyaksikan sisi lain pada Nailah. Jika sewaktu berurusan, Nailah kelihatan
tegas dan berkarisma sehingga dia sendiri mengagumi Nailah. Pada Luthfi, Nailah
seorang wanita yang hebat.
“ Thanks for
lending your ears. Saya tak sabar nak balik Malaysia. Saya rindu dengan
Daddy, Mummy dan Kak Azwa. Family bond kami sangat kuat walaupun hanya
kami berempat sahaja.”
“ Tak apa. Tak
lama lagi kita akan balik. Semoga semuanya nanti dipermudahkan.”
Mereka berdua
sudah tiba di hadapan Malaysia Hall. Nailah dan Luthfi masing-masing kembali ke
bilik untuk berehat. Esok mereka akan berurusan di Kedutaan Malaysia untuk
urusan pemanjangan pasport Nailah. Nailah tidur lebih awal selepas puas
mengeluarkan air mata.
Sementara
Luthfi pula masih berbaring. Sedikit pun dia tidak berasa mengantuk. Hatinya
seperti berbagi dan fikirannya runsing. Tidak pasti kenapa ? Tangannya mencapai
Kamera DSLR yang merakamkan gambar permandangan di London. Satu persatu
gambarnya dilihat. Gambar kandid Nailah ditenung lama-lama.
Nailah bukanlah
kategori perempuan yang cantik. Tetapi penampilannya yang kemas dan bersahaja
serta keyakinan dan akhlaknya yang baik membuatkan Nailah tampil berbeza
daripada gadis-gadis yang lain.
Gambar
seterusnya adalah gambar yang dirakam oleh Adam iaitu anak Uncle Kew dan Aunty
Zahirah. Gambar dirinya dan Nailah yang sedang berdiri di hadapan Menara Big
Ben. Luthfi mengeluarkan kad memori dan memasukkannya ke dalam komputer ribanya
yang sering di bawa bersama. Kemudian, dia memasukkan gambarnya dan Nailah
serta gambar kandid Nailah di dalam sebuah folder yang tersorok.
“ Kenangan.”
Sebelum
melelapkan mata, Luthfi sering membiasakan dirinya untuk menunaikan solat sunat.
Dia tidak mahu tidur dalam keadaan yang tidak tenang.