Monday, 23 January 2017
Untukmu Yang Tak Mampu Ku Raih
Butir butir air mata seperti derasnya hujan mengiringi hari bahagiamu
Bezanya air mata dengan hujan
Hujan tanda Tuhan mencinta
Air mata tanda kecewa
Setelah bait bait kata cinta yang pernah kita cuba kotakan bersama
Dalam diam akhirnya kau memilih dia
Aku dalam masih setia mencinta
Memenuhi undanganmu
Dengan menipu diri
Hati ini ku kira benar benar ikhlas
Ternyata langkah kakiku semakin menjauh hingga tak tegar menjejak
Pada luasnya bidang permaidani merah
Ibarat kaki menginjak pada hati yang merah berdarah
Untukmu Yang Tak Mampu Ku Raih
Akan ku pulangkan segala kenangan yang pernah kau pinjam
Terimalah kembali
Kerana jika aku tahu cintamu tak mampu ku raih
Tak mungkin ku bermimpi
Untuk memilikimu
Untukmu yang tak mampu ku raih
Aku memutuskan ikatan hati ini
Agar tiada lagi kekesalan di kemudian hari.
Dengan ini aku mengundur diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment